Chris Maskilone
KOTA KINABALU: Dakwaan Pengerusi Pekida, Datu Akjan Ali Muhammad kononnya “orang-orang yang kewarganegaraan mereka dipersoalkan adalah para pemegang IMM13” samalah seperti menyatakan seorang Menteri Persekutuan berbohong di Parlimen.
Naib presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin berkata, dakwaan Akjan itu tidak kukuh kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Abdul Aziz telah mengesahkan bahawa tidak ada seorangpun daripada 81,000 pemegang IMM13 itu diberi kewarganegaraan Malaysia.
Beliau berkata, ini dinyatakan dalam jawapannya kepada soalan tambahan Datuk Eric Majimbun di Parlimen pada 5 Ogos 2011.
Japiril berkata, gesaan menubuhkan suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibuat kepada pihak berkuasa Persekutuan untuk menjernihkan kekeliruan dalam minda penduduk Sabah mengenai pertambahan luar biasa pada jumlah rakyat Malaysia di Sabah.
“Apabila SAPP menyuarakan kebimbangannya dan meminta pihak berkuasa menubuhkan RCI, ia adalah untuk menyiasat masalah itu sepenuhnya. Tidak ada sebarang bentuk diskriminasi langsung.
“Kebenaran itu perlu didedahkan. Jika ada apa yang dipanggil sindiket Kad Pengenalan (KP) maka mereka yang terlibat harus dihadapkan ke mahkamah dan dihukum,” katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.
Pemuda SAPP juga bekerja keras untuk mendapatkan 100,000 tandatangan, kempen untuk menyokong penubuhan RCI itu dan akan berbuat lebih lagi, jika perlu, sehingga pihak berkuasa Persekutuan bersetuju kepada permintaan rakyat itu, katanya.
“Apa yang kami mahu tahu adalah apakah perasaan para peminipin Umno terhadap pendirian Pekida Sabah itu? Kenapa para pemimpin berkenaan terus berdiam diri mengenai isu ini? Atau adakah mereka bersetuju dengan Akjan?
“Adakah satu kebetulan sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi tetamu kehormat acara kebangsaan Pekida di Politeknik Shah Alam pada 5 Dis, 2011?
“Kenyataan ‘Najib akan membantu Pekida sebagai balasan laporan pilihan raya’ kemudian menjadi tajuk beberapa Portal berita," katanya.
Katanya, jika para pemimpin Sabah ini terus membisu disebabkan protokol parti, maka bolehkah ini dianggap sama kepada para pemimpin Barisan Nasional yang lain di Sabab.
“Apa perasaan Tan Sri Pairin terhadap perkara ini, lagipun beliau adalah ketua jawatankuasa Sabah mengenai izu PTI itu?” tanya beliau.
“Apakah hasil siasatan polis terhadap episod pertabalan Sultan Sulu pada Februari 2011 di Likas? Sudahkah pihak polis menyiasat perkara itu secara menyeluruh?
“Tentu ramai yang mahukan penjelasan terperinci berikutan beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuklah Pemuda SAPP," katanya.
Harian Ekspres
Selasa, 20 Disember 2011
M/s 2
Pekida Guna ugama untuk berkuasa.
ReplyDeletePerkasa Guna bangsa untuk mendapat kuasa
UMNO guna bangsa dan ugama untuk berkuasa cuba amati apa slogan ketiga-tiga puak ini "Hidup Melayu"jadi dibumi malaysia ini hanya melayu yang hidup yang lain-lain bangsa perlu dimatikan...kalau ini diamalkan nercaya malaysia akan menuju ke era soviet union....