Larry Ralon
KOTA KlNABALU: Ketegangan kaum mungkin akan tercetus di Sabah sekiranya gesaan rakyat bagi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin dan Projek IC ditolak oleh kerajaan, kata Parti Maju Sabah (SAPP).
Penasihatnya, Datuk Mohd Noor Mansur berkata, bertentangan dengan apa yang dipercayai sesetengah orang kemungkinan berlakunya ketegangan kaum di Sabah akan lebih besar sekiranya kerajaan terus tidak mengendahkan perkara ini (penubuhan RCI) kerana "anak negeri di Sabah sudah tidak begitu menyenanginya (kehadiran besar pendatang tanpa izin di negeri ini)."
"lni adalah pendapat ikhlas saya terhadap perkara ini. Saya juga ingin menekankan di sini bahawa hasrat parti kita dalam menyatakan perkara ini, atau gesaan kita bagi penubuhan RCI itu, bukanlah kerana kita menentang mana-mana kaum, tetapi disebabkan fakta yang kita harus mematuhi undang-undang, walaupun dalam menjadi rakyat negara ini," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Borneon Centre, Luyang, di sini Jumaat.
Timbalan Presiden Haji Amde Sidek, Naib Presiden Dullie Haji Marie dan kumpulan etnik di seluruh Sabah turut hadir.
Mohd Noor berkata, parti itu sejak beberapa tahun lalu menuntut bersama-sama pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik yang Iain di Sabah supaya RCI itu ditubuhkan.
"Tuntutan itu tidak ada kena mengena atau langsung tidak melibatkan soal mana-mana kaum atau agama, kerana ia hanya memfokus kepada undang-undang, peraturan dan kedaulatan negara...ia tidak menyentuh tentang sensitiviti sesiapa terutamanya warga Malaysia di Sabah, jadi tidak ada sesiapa yang harus berani membuat kenyataan untuk menakut-nakutkan penduduk di negeri ini mengenai penubuhan RCI itu," katanya.
Pendirian parti itu adalah semua orang berhak untuk memohon kad pengenalan (KP) Malaysia tetapi ia haruslah dilakukan melalui proses undang-undang dan telus, katanya.
Beliau berkata, kempen petisyen parti itu untuk mengumpul lebih 50,000 tandatangan daripada rakyat Malaysia di Sabah yang mahukan Kerajaan Persekutuan menubuhkan RCI itu bagi menamatkan masalah pendatang tanpa izin di negeri ini yang angkanya telah mencapai beratus- ratus ribu orang.
Beliau berkata, surat petisyen tanda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen oleh delegasi parti itu yang diketuai Timbalan Presiden yang juga MP Sepanggar Datuk Eric Majimbun.
Salinan surat itu juga diserahkan Kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Mohd Noor berkata, parti itu menuntut kerajaan menubuhkan RCI itu kerana mahu ia menjalankan kajian menyeluruh terhadap kemasukan besar-besaran pendatang tanpa izin ke Sabah, kenaikan mendadak jumlah penduduk di negeri ini dan juga untuk membersihkan daftar pemilih negeri serta menyiasat Projek IC secara terperinci.
Katanya, kerajaan, seperti yang dilaporkan telah membentuk beberapa badan siasatan seperti Makmal mengenai pendatang tanpa izin, Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan melancarkan program 5P dan 6R tetapi semuanya seperti tidak mempunyai tindakan susulan dan tidak berkesan dalam menyelesaikan masalah Pendatang tanpa izin yang telah berpanjangan di Sabah itu.
Dengan itu, katanya, adalah amat wajar bagi kerajaan untuk menubuhkan RCI di Sabah, untuk men- cari penyelesaian muktamad kepada ibu kepada segala masalah di negeri ini.
Harian Ekspres
Sabtu, 31 Disember 2011
M/s 1
No comments:
Post a Comment