Wednesday, 30 November 2011

13 pertubuhan buat bantahan aman minta RCI ditubuhkan

Hayati Dzulkifli

PENAMPANG: Sebanyak 13 pertubuhan termasuk dua parti politik mengadakan bantahan aman di sini Selasa.

Mereka meminta Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCl ) untuk menyiasat kemasukan beramai-ramai pendatang tanpa izin, Projek-lC dan pengundi hantu di Sabah, dan menyuarakan aduan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap perampasan tanah dan membantah kelulusan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011.

Kira-kira 50 orang terdiri daripada pemimpin dan ahli dari pertubuhan bukan kerajaan, parti Maju Sabah(SAPP) dan parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan tunjuk perasaan di tugu Datuk Peter J. Mojuntin pukul 1 I .30 pagi.

NGO itu adalah Gindol Initiative for Civil Society Borneo, Malaysian Sivil Liberties Movement (MCLM), Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Angkatan Warisan Rakyat Sabah (Awas), Partners of Community Organisation Trust (Pacos), United Borneo Front (UBF), Common Interest Group of Malaysia (Cigma), Rangkaian Mangsa-mangsa Rampas, Borneo Heritage Foundation (BHF), Pergerakan Sabah Pogun Tokou.

Pengasas Gindol Initiative for Civil Society Borneo, Kanul Gindol yang mengetuai perhimpunan itu berkata, bantahan itu diadakan selari dengan bantahan awam,yang diadakan di seluruh negara terhadap Rang Undang-Undang perhimpunan Aman 2011yang ditetapkan untuk kelulusan di parlimen pada Selasa.

"Dan ini juga masa yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan seperti itu di tempat bersejarah di sini untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan pemimpin Kadazan Sabah yang kita sayangi, mendiang Datuk peter J. Mojuntin.


"Kita berkumpul di sini secara aman untuk menggesa kerajaan Persekutuan supaya menghormati Hak Adat Anak Negeri (NCR) dan menubuhkan RCI yang perlu untuk menyiasat kehadiran pendatang tanpa izin, KP palsu dan pengundi hantu di Sabah.

"Kami menyuarakan bantahan dan aduan yang kami terima demi kepentingan penduduk Sabah untuk membuatkan kerajaan mendengar dan mengambil tindakan," katanya.

Kepada satu soalan, beliau berkata, mereka telah memaklumkan polis daerah di sini mengenai acara itu dan telah mendapat kebenaran secara lisan untuk mengadakan bantahan secara aman selama 15 minit.

Mereka menyanyikan lagu ‘Sabah Tanah Airku’ dan beberapa pemimpin pertubuhan itu meletakkan kalungan bunga di tugu itu diikuti dengan majlis bertafakur selama setengah minit sebagai tanda hormat.

Ketua Wanita SAPP yang turut hadir berkata, mereka mahukan keadilan dan kesaksamaan wujud terhadap tiga isu itu.

Katanya, rakyat harus dibenarkan berhimpun secara aman untuk mengenengahkan aduan dan masalah yang mereka hadapi serta dalam memperjuangkan keadilan terhadap banyak kes rampasan tanah seperti yang telah disiarkan secara meluas.

Aktivis sosial, Datuk Patrick Sindu, yang turut hadir berkata, ibu kepada segala masalah yang dihadapi Sabah adalah perjanjian asal yang ditandatangani mengenai penubuhan Malaysia pada Julai 1963.

Katanya, masanya sudah tiba untuk mengkaji semula perjan- jian itu "kerana Sabah kini dijajah Malaya. "

Turut hadir ialah ketua bahagian PKR Penampang Darrel Leiking, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah dan bekas presiden Pasok Cleftus Mojingol.

Harian Ekspres
Rabu, 30 November 2011
M/s 2

12 comments:

  1. Harap Kerajaan Pusat akan memertimbangkan gesakan rakyat mengenai tuntutan RCI ini untuk menyiasat masalah PATI.

    ReplyDelete
  2. Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 ini perlulah disiasat semula supaya membuktikan kesahihan perjanjian ini antara Sabah, Sarawak dengan Malaya.

    ReplyDelete
  3. Tubuhkan saja RCI. Itu suara rakyat sejati.

    ReplyDelete
  4. mmg diharap agar RCI ditubuhkan.

    ReplyDelete
  5. banyak yang mahukan RCI ini sebagai penyelesaian terhadap isu pati.

    ReplyDelete
  6. harap isu pati yang berlaku akan dapat diselesaikan dan semua harus bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Patrick Sindu sudah menerima respon dari UK@British untuk mengkaji semula Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 di London. QC Lord Lester telah memberikan cadangan kepada beliau untuk datang bertemu beliau di London pada musim panas, sekitar Julai 2012.

    ReplyDelete
  8. lepas laporan penuh PSC diperolehi, respon ke atas tuntutan RCI pasti akan dibuat. sekurang2nya awal tahun depan. semoga dapat respon yang positif. sama2 kita doakannya.

    ReplyDelete
  9. Saya ada dengar juga perhimpunan NGO ini. Tapi sayangnya tidak mendapat sokongan dari penduduk. Macam tidak ramai yang datang ini.

    ReplyDelete
  10. kalau tidak silap, bantahan aman ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang awam..

    ReplyDelete
  11. Sebaiknya mengenai PATI ini kerajaan perlulah menyelesaikannya. Baca lebih disini kata-kata Datuk Musa..

    http://www.theborneopost.com/2011/08/21/kerajaan-serius-tangani-isu-pti-musa-latest/#ixzz1gIHZ6Ogq

    ReplyDelete
  12. tunggu saja selepas laporan penuh PSC siap..

    ReplyDelete