KOTA KINABALU: Wakil Rakyat Likas, Datuk Liew Teck Chan yang melakukan lawatan kerja bersama AJK CLC Likas di beberapa kawasan sekitar Likas terkilan dengan penyelenggaraan parit di bangunan kedai bersebelahan SM Kian Kok Likas yang tidak memuaskan.
Beliau mendapati sebilangan penutup parit yang rosak hanya diganti dengan papan sahaja, yang menurut petugas pembaikan adalah untuk sementara sahaja.
"Namun menurut penduduk di kawasan berkenaan, papan yang sebelum ini diganti telah buruk sehingga mengakibatkan berlaku kemalangan kepada orang awam dan ada yang jatuh bersama papan rapuh ke dalam parit.
"Selain itu, parit yang tidak bertutup dengan mudah ditimbus sampah mengakibatkan air parit melimpah terutama semasa hujan lebat" katanya.
Liew menegaskan perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku. Orang awam serta pemilik kedai juga pembayar cukai maka tidak sepatutnya menjadi mangsa kemalangan akibat kecuaian penyelenggaraan pihak berkuasa.
Katanya, perbuatan menunda penyelenggaraan hanya akan merugikan selain kos penyelenggaraan yang semakin meningkat berbanding penyelenggaraan penutup parit dengan simen atau besi yang jauh lebih kukuh dan tidak membuang masa.
Utusan Borneo
Khamis, 20 Oktober 2011
Page A6
No comments:
Post a Comment