Wednesday, 12 October 2011

Pembinaan jalan pertanian diabaikan Penduduk kecewa

Clarence George Dol

KENINGAU: Seramai 679 penduduk Kg Ulu Bariawa menyatakan kekecewaan mereka terhadap cara projek pembinaan jalan kebun diabaikan tanpa sebarang usaha untuk membinanya semula sejak 2007.

Jalan sepanjang kira-kira 500 meter itu yang dibina sebagai jalan pertanian menuju ke pondok-pondok kebun penduduk di sini, memperoleh kelulusan Kerajaan untuk dibangunkan pada 24 April, 2007.

Bagaimanapun, menurut Pengerusi JKKK Masidin Yulot, sehingga hari ini, projek tersebut tidak pernah disiapkan, sementara kontraktor yang bertanggungiawab juga hilang tanpa dikesan.

Beliau berkata, berdasarkan kepada papan tanda yang ditinggalkan usang di jalan berkenaan, tarikh penyiapan dijangka siap pada 22 Mei, 2007, iaitu sebulan selepas projek itu bermula.

“Tapi pembangunan itu yang pada mulanya disambut oleh penduduk kampung bertukar menjadi kekecewaan apabila sehinga hari ini, projek itu tidak pernah siap, dan laluan itu bertukar menjadi kawasan semak samun.

Penduduk kampung, terutama pemimpin masyarakat seperti ketua Kampung dan saya sendiri, berasa sangat sedih dengan apa yang telah berlaku, kerana kelulusan telah diberikan dan mereka juga telah memasang papan tanda.

"Apa yang lebih mengecewakan adalah selepas berulangkali cuba untuk mendapatkan campur tangan wakil rakyat, tiada apapun yang dilakukan walaupun penduduk di sini adalah penyokong kuat Kerajaan," kata Masidin.

Beliau berkata jalan itu adalah mustahak bagi penduduk sebagai jalan pertanian dimana lori pengumpul getah dahulunya melalui laluan itu untuk pergi balik kebun getah di sini.

“Dengan kerosakan yang tidak pernah dibaiki, lori tidak lagi dibenarkan memasuki kawasan kebun getah untuk  mengutip pengeluaran harian penduduk... mereka yang menanam tembakau juga terpaksa menghentikan perusahaan mereka.

“Ini menjejaskan ekonomi ramai penduduk di sini yang sebelum ini mula berubah apabila mereka mengguna pakai konsep pertanian sebagai perniagaan," kata Masidin.

Oleh itu beliau menggesa Kerajaan agar memberi perhatian serius kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat, sejajar dengan gagasan yang diperkenalkan oleh Kerajaan, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Harian Ekspres
Rabu, 12 Oktober 2011
M/s 5

1 comment:

  1. Inilah bukti ketelusan kerajaan BN UMNO dan KOMPONEN yang pandai silap mata.

    RAKYAT DAHULU KENA,sekara sudah kena.Pencapaian tiada.HABIS,duit sudah masuk poket.ADUN DAN MP?
    TIDUR....


    Dusun Kaputnik
    Keningau

    ReplyDelete