Wednesday, 12 October 2011

Pajakan tanah 999 tahun boleh dilulus tampa ubah undang-undang: SAPP

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri boleh meluluskan pajakan tanah untuk tempoh 999 tahun sekiranya geran induk asal tanah- mempunyai tempoh pemegangan 999 tahun tanpa perlu mengubah sebarang undang-undang.

Timbalan Presiden Parti Maju Sabah(SAPP) Datuk Liew Teck Chan ,berkata, ini pernah dilakukan sebelum ini jadi tidak perlulah dilengah-lengahkan “kerana ia hanya soal sama ada kerajaan mahu mengurniakan tempoh pemegangan 999 itu ataupun tidak.”

Liew, yang juga Adun Likas merujuk kepada pemintaan Persatuan Pemaju Perumahan dan hartanah Sabah (Shareda) supaya

Kerajaan negeri mengembalikan pajak tanah untuk geran country lease dan town lease selepas subbahagi kepada tempoh pemegang asal 999 tahun.

Liew berkata, Ketua Menteri dilaporkan berkata, Kabinet perlu membincangkan perkara itu terlebih dahulu kerana tempoh pajakan 999 itu melibatkan soal perundangan.

"Malah di kawasan saya Likas, Taman Seputeh dengan 230 unit rumah diberikan geran tanah dengan tempoh pajakan 999 tahun oleh Ketua Menteri ketika itu, Datuk Yong Teck Lee pada 1997.

"Premium yang dicaj bagi setiap rumah ialah RM1,000 dan sewa tahunan RM90. Kadar munasabah ini telah memungkinkan pemilik rumah memiliki rumah setelah projek terbengkalai itu dihidupkan semula oleh kerajaan Negeri ketika itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin lepas.

"Apa , yang membimbangkan sejak kebelakangan ini adalah pemilik tanah dengan tempoh pajakan 999 tahun dinafikan hak mereka apabila tempoh pajakan tanah mereka dipendekkan kepada hanya 99 tahun selepas tanah mereka disubbahagi.”

Katanya, perbuatan memendekkan tempoh asal 999 kepada 99 tahun adalah tidak adil. 

“Penduduk menjadi semakin bimbang apabila mereka melihat rumah kedai Kelombong yang telah beberapa tahun menungu pembaharuan geran tanah mereka yang akan tamat tempoh tidak lama lagi.

“Rayuan untuk pelanjutan tempoh dikemukakan pada 2008 kepada Ketua Menteri oleh Datuk Sari Tan dengan liputan berita yang cukup besar. Tetapi sehinga sekarang, tidak ada sebarang berita tentang permohonan itu, termasuklah tempoh pajakan 99 tahun," katanya.

Liew berkata, tampa pelanjutan kepada tempoh pajakan tanah itu kedai-kedai mereka akan menjadi tidak bernilai, bank-bank tidak akan mahu meminjamkan wang untuk pengubahsuaian dan syarikat insurans engan memberi jaminan kepada hatanah tersebut.

“Begitu juga pemilik kedai, takut untuk membaiki rumah kedai mereka kerana kerajaan mungkin secara tiba-tiba menjadi pemilik baharu kedai tersebut sebaik sahaja tempoh pajakan tanah itu tamat.

"Kelmarin, beberapa pemilik tanah di Kmpung Sembulan Laut memprotes keengganan kerajaan memperbaharui tempoh pajakan tanah mereka yang akan tamat dalam masa tujuh hingga 20 tahun lagi.

“Dengan begitu banyak kejadian perebutan tanah berlaku di seluruh Sabah, di mana anak negeri dihalau dari tanah adat mereka, maka adalah jelas penduduk merasa bimbang yang mereka akan kehilangan rumah dan hartanah mereka pada masa akan datang.

"Kita khuatir apabila Ketua Menteri berkata yang Kabinetnya akan meneliti isu tersebut.

“Ini kerana Kabinet ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk meneliti isu demi isu tampa sebarang keputusan seperti definisi anak negeri, program pembasmian kemiskinan dan Bomeonisa perkhidmatan awam,” katanya.

Harian Ekspres
Rabu, 12 Oktober 2011
M/s 6

No comments:

Post a Comment