KOTA KINABALU: Ramai majikan yang hendak mendaftar pekerja asing sah mereka di bawah program biometrik Pendaftaran Pekerja Asing Sah (Pasah) di Dewan Sigar, Penampang, Rabu lepas hampa apabila tidak ada pegawai imigresen di situ.
Sebelum ini, pengarah Imigresen Negeri Muhammad Mentek berkata bahawa proses pendaftaran itu akan dijalankan walaupun pada cuti umum.
Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Chong Pit Fah berkata, beliau menerima banyak aduan daripada majikan yang kecewa itu, yang cuba mengambil kesempatan daripada cuti perayaan Deepavali untuk mendaftar pekerja mereka.
"Mereka baca laporan dalam Daily Express di mana pengarah itu berkata Jabatan Imigresen akan menggunakan pusat di Tuavoh Penampang itu untuk majikan mendaftar pekerja asing sah mereka sehingga akhir bulan ini termasuk pada cuti umum.
"Tetapi mereka pulang dengan perasaan hampa apabila mendapati tidak ada pegawai Imigresen yang datang. Mereka hanya menyedari mengenainya apabila menyedari kertas kecil dilekatkan pada papan notis yang memaklumkan bahawa pendaftaran (pada Rabu 26 Oktober) hanya dilakukan di pejabat imigresen," katanya.
Chong berkata, jika jabatan itu benar-benar serius, notis itu seharusnya ditulis lebih besar supaya mudah dilihat dan mereka boleh terus pulang dan tidak perlulah menunggu di situ.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri dilaporkan sebagai berkata, 25 peratus daripada 237,338 pekerja asing sah di Sabah telah didaftar oleh majikan mereka untuk Pasah.
Katanya, majikan di Sabah diberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk berbuat demikian.
Harian Ekspres
Sabtu, 29 Oktober 2011
M/S 2
No comments:
Post a Comment