Saturday, 29 October 2011

DAP Sabah perlu SAPP

SEJAK akhir-akhir ini, berlaku beberapa siri berbalas-balas kenyataan 'tidak mesra' antara MP DAP Dr Hiew King Chiew dan pembangkang SAPP. Siri berbalas-balas kenyataan ini nasib baiklah tidak membabitkan ahli-ahli DAP lain. Oleh itu, ini bukanlah perang mulut antara dua Parti pembangkang tetapi hanya satu suara menentang SAPP.

Saya tidak tahu apa di sebalik lontaran tohmahan ini tetapi inilah masa genting di mana pemimpin pembangkang perlu bekerja sebagai satu kumpulan untuk mengatasi kekuatan BN, ini adalah perbalahan yang tidak penting.

Mari kita bercakap secara jujur. Pada waktu ini, DAP memerlukan SAPP lebih daripada menentang. Objektif SAPP adalah menjadi sebahagian daripada kerajaan gabungan di peringkat Negeri manakala DAP dan rakannya telah menetapkan matlamat mereka ke atas Putrajaya.

Sesiapa yang mempunyai lebih kerusi Parlimen akan membentuk Kerajaan Persekutuan. SAPP mampu untuk melepaskan peluang menjadi satu rakan gabungan di peringkat Negeri dan kekal sebagai parti pembangkang tetapi bolehkah DAP melepaskan peluang untuk memerintah negara?

SAPP hanya perlu menjadi pengacau dalam setiap Kerusi Parlimen dan barisan depan parti alternatif ,akan kalah dengan BN di kawasan-kawasan di mana kekurangan undi yang kecil. Lagipun, SAPP tidak bercita-cita untuk mengambil alih Putrajaya.

Semua kenyataan dan perbuatan ini boleh diringkaskan kepada satu kata kunci - Penjenamaan. Bagaimana rakyat melihat anda dan menerima anda akan membawa kepada perubahan. Bukan melontar tohmatan. Jika anda secara terbuka disokong oleh pemimpin tertinggi atau orang yang membodek anda, ia bukan penjenamaan. Ia adalah naungan. Jika anda bermegah-meggah tentang diri anda dan mempunyai penyokong di belakang anda, ia juga tiada guna. Ia akan membawa kepada tanggapan salah dan anda hanya memperbodohkan diri sendiri. Hanya kerana anda menyerahkan parangan kepada orang-orang tertentu, dan dengan itu, disokong oleh mereka dalam proses itu, ia juga tidak berguna kerana ia mungkin tidak ikhlas.

Apa yang penting adalah bagaimana pengundi anda melihat anda sebagai jenama. Ini juga melibatkan ‘penetapan minda', Jika di mata orang awam anda dicop sebagai sombong dan tamak, begitulah bagaimana anda diletakkan dalam minda orang awam.

Jadi ia tidak kira berapa banyak lontaran tohmatan yang anda lakukan. Ia tidak akan merubah bagaimana tanggapan orang terhadap anda.

Third Force
Hrian Ekspres
Sabtu, 29 Oktober 2011
M/S 3

No comments:

Post a Comment