Monday 17 October 2011

Angin semenanjung bertiup di sini

HUKUM sebat Syariah pertama berlaku beberapa hari lalu, dimana seorang mualaf sudah berkahwin yang berzina dengan seorang wanita Islam Indonesia. Hukumannya adalah lima kali sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Bagaimanapun, ia satu peristiwa bersejarah.

Sebagai seorang Muslim di Negeri ini, bagaimana kita boleh mengatakan hal ini? Hukuman sebat Syarie ini bulanlah di bawa undang-undang Hudud menurut Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Sabah, Samal Muji, tetapi ia termaktub di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah, 1995.

Hukuman sebatan sama pernah dilaksanakan di semenanjung. Ia berbunyi lebih seperti satu tindakan sebagai kayu ukur atau sebagai kelulusan – jika ia diterima di semenanjung ia akan diterima di Sabah atau betulkah begitu?

Pandangan saya, walaupun ia tidak seharusnya bermaksud kita setaraf atau lebih baik atau buruk berbanding undang-undang Islam syariah Semenanjung. Saya ingin mempelawa pakar dalam bidang ini untuk memberikan pandangan atau idea bagi menambah baik sistem perundangan Islam kita.

Saya telah menerima maklum balas menerusi emel dan sms dari pada rakan-rakan mengenai isu ini. Soalan yang ditanya di kalangan mereka adalah: Apa yang ia katakan mengenai pakar Dakwah kita yang mereka mempunyai keberanian untuk mengatakan ia tidak akan menyebabkan kesakitan. Apa kesakitan batiniah dan maruah yang diambil dari individu itu?

Tolong, jangan membuat anggapan umum sentimen bahawa tidak semua orang Islam pada hari ini hidup di zaman gelap.

Juga Raja Muda Perak Raja Muda Dr Nazrin Shah meminta Majlis Adat Melayu dan Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam untuk meneliti semula program mereka. Baginda mahukan pembangunan ke arah memajukan ekonomi masyarakat Islam dengan cara yang sesuai.

Aktiviti ekonomi seperti Zakat dan Baitul Mal dan menguruskari dana untuk memastikan daya maju dan impak tinggi kepada setiap program yang dilaksanakan. Budaya pengurusan sedia ada disusun semula. Banyak masa dan wang terbuang dalam mengajurkan sambutan Maulidurasul dan Maal Hijrah.

Saya ingin katakan, jika SAPP membentuk Kerajaan Negeri saya ingin melihat MUIS dan institusi keagamaan lain, yang tidak melakukan apa-apa disusun semula secara menyeluruh.

Harian Ekspres
Isnin, 17 Oktober 2011
M/s 3

No comments:

Post a Comment