KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) bertanya DAP Sabah memihak kepada siapa berhubung serangan terbarunya mengenai bendera-bendera SAPP yang diletakkan di seluruh Sabah sempena ulang tahun ketiga parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 17 Sept, 2008.
"Kenapa DAP terus menyerang SAPP, bukannya BN-Umno?" soal Naib Presiden SAPP merangkap ketua Jawatankuasa Rundingan dengan DAP mengenai kerusi dan dasar, Dullie Hj Marie.
Katanya tindakan DAP Sabah bahawa ia berpakat dengan Umno pernah berlaku ketika pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi tahun lepas.
"Kami masih menunggu DAP mengotakan kesungguhannya untuk berunding dengan SAPP kerana pada Mei tahun ini, mereka berulang kali meminta SAPP membentuk panel rundingan kami.
'"Tapi sekarang, mereka seolah-olah bergerak ke belakang dan terus menyerang SAPP. Malah dalam isu papan tanda RadioSabahtv SAPP dengan DBKK, DAP turut memihak kepada BN-Umno, bukannya protes bersama terhadap BN mengenai perhimpunan Bersih 2.0 untuk pilihan raya adil dan bersih.
"Biar rakyat tahu warna sebenar agenda tersembunyi DAP, pakatan dengan Umno dan memusnahkan kerjasama antara parti pembangkang," katanya.
Naib pengerusi DAP Sabah, Edward Ewol Mujie dilaporkan sebagai mengadu mengenai bendera-bendera SAPP yang dipasang oleh parti itu sebagai peringatan kepada perjuangannya selepas tiga tahun meninggalkan kerajaan memerintah.
Harian Ekspres
Rabu, 21 September 2011
M/s 2
No comments:
Post a Comment