Wednesday, 21 September 2011

Bendera SAPP ditanggalkan

KOTA KINABALU: Bendera Parti Maju Sabah (SAPP) di seluruh kawasan bandaraya telah ditanggalkan berikutan arahan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Selasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Joannes Solidau berkata, DBKK mengeluarkan arahan itu selepas menerima aduan daripada orang ramai mengenai bendera-bendera berkenaan.

"Bagaimanapun, bagi bendera-bendera yang dipasang di sekitar kawasan luar Kota Kinabalu, seperti Penampang dan sebagainya, kami harap Pihak berkuasa di situ melakukan sesuatu mengenainya," katanya.

Bendera SAPP di Pasang sempena ulang tahun ketiga parti itu keluar daripada Barisan Nasional. 

Harian Ekspres
Rabu, 21 September 2011
M/s 2

No comments:

Post a Comment