KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini kelmarin menetapkan 10 Oktober depan untuk mendengar permohonan pembatalan kes saman Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berhubung isu penurunan papan tanda Sabahtv.net parti berkenaan pada 9 Julai lepas.
Hakim Datuk David Wong Dak Wah menetapkan tarikh permohonan kes itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Negeri, Hanafiah Kasim yang mengemukakan bahawa Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong memfailkan saman atas kapasiti bukan pegawai awam yang dilantik pertubuhan terbabit.
Katanya di mahkamah kelmarin, saman terbabit tidak tertakluk seperti mana di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966.
Ini berikutan, di bawah seksyen tersebut ada menyatakan peruntukkan bahawa sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti mana yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.
Sehubungan itu, dalam kes saman tersebut telah dikemukakan atas nama Setiausaha Agung bukan pegawai awam bagi pertubuhan itu.
Pihak plainitif diwakili oleh peguam bela Peter Marajin dan Ken Yong.
Terdahulu, pihak SAPP yang diwakili oleh Richard sebagai plainitif telah memfail saman terhadap Mayor DBKK pada 20 Julai lepas kerana cuba menurunkan papan tanda Sabahtv.net parti itu di premis mereka di Luyang antara 9 hingga 11 Julai tahun ini.
Utusab Borneo
Selasa, 13 September 2011
M/s A5
No comments:
Post a Comment