Chris Maskilone
KOTA KINABALU: Aktivis politik Dr Chong Eng Leong (gambar) berkata, beliau tidak berhenti setakat Daftar Pemilih Likas selepas petisyen pilihan raya 1999 tetapi sebaliknya meneruskan siasatan terhadap keseluruhan daftar pemilih Sabah.
"Begitulah bagaimana saya mengesan 70,000 nama dalam daftar Sabah, nama-nama yang berkaitan dengan nombor projek IC yang didedahkan semasa perbicaraan dan Kawang mempunyai 1,292 untuk makluman (Presiden SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan (Setiausaha Agung) Datuk Richard Yong.
"Saya tidak membiarkan dan melupakan isu kehadiran pengundi hantu di tempat lain seperti Kawang begitu sahaja seperti apa yang dikatakan oleh Yong, sebenarnya (semasa masih bersama Parti Bersatu Sabah) saya terus menyiasat keseluruhan Dafter Pemilih Sabah,” katanya disini Selasa.
Dr Chong yang sekarang ini bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, beliau tidak menentang Yong dalam hal berkaitan pengundi hantu.
"Ya, saya bersetuju dengan beliau ada kemungkinan untuk menyahkan Pengundi hantu daripada daftar pemilih itu, cuma jika Kerajaan pusat mernpunyai iltizam politik untuk melakukannya dan saya lebih daripada bersedia untuk membantu sesiapa sahaja atau sebarang institusi seperti SAPP untuk melakukannya, lagipun ia adalah untuk kedaulatan Sabah dalam Malaysia," katanya.
Beliau berkata, Yong bukannya mangsa pengundi hantu di Likas.
"Kamu bukan orang yang dipersalahkan - kamu mendapat undi mereka dan untuk itu ia bukan salah kamu tetapi itulah yang Barisan Nasional (BN) mahu. Kehilangan status YB kamu ketika itu tidak ada kena mengena dengan pengundi hantu dalam daftar pemilih Likas.
"Mungkin kamu telah lupa bahawa petisyen Tan Sri Harris Salleh lah yang menyebabkan kamu kehilangan status YB itu (kerana) papan tanda pilihan raya kamu menyalahi undang-undang pilihan raya, katanya.
Harian Ekspres
Rabu 3hb Ogos 2011
M/s 1
No comments:
Post a Comment