Sunday, 14 August 2011

Pendekatan Salah


Perhatikan gambar2 ini terlalu berbau perkauman dan
keugamaan yang seharusnya tidak terjadi. Negeri kita tidak harus
membuat perjanjian untuk menyertai mereka kalaulah
dalam tahun 60s perkara begini diketahui akan terjadi
 Menghuru-harakan negara

Kalau begini pendekatan untuk menangani isu2 negara, saya percaya ianya tidak akan selesai. Insiden serbuan ke gereja baru2 ini dirancang oleh pemimpin UMNO Kerana dengan membangkit isu agama akan menggugat minda segolongan yang tidak menghargai atau kurang pengertian konsep hidup berbilang kaum dan berbilang agama. Isu sebenar yang mahu ditutup oleh pemimpin UMNO ialah penipuan yang sedang berlaku dalam Daftar Pengundi (Electoral Rolls) yang didedahkan akhir2 ini.

Dalam keadaan desperado/terdesak, orang ramai ramalkan bahawa pemimpin2 ini akan buat apa sahaja demi mempertahankan kedudukan mereka bukan mempertahankan kedudukan demokrasi.

Kekhuatiran ini bukan perkara yang remeh. Ianya tidak ubah seperti yang terjadi di Egypt zaman pemerintahan Mubarak yang baru saja berlalu. Ketika itu di mana-mana dan sesiapa juga yang tidak menyokong adalah musuh. Mereka disorok ke penjara untuk perkara2 yang serius dipandang oleh pemeritah dan hukuman tembak hingga mati adalah yang paling sesuai.

No comments:

Post a Comment