KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) menggesa kerajaan tampil dengan penyelesaian untuk menjadikan asid sebagai barangan kawalan.
Setiausaha Agungnya Datuk Richard Yong berharap kerajaan menimbang untuk mengawal barangan itu dibawah Akta Racun memandangkan berapa kes serangan asid di negara ini dengan yang terbaru di sini pada Rabu.
Rabu lepas, seorang akuantan berusia 22 tahun mengalami kecederaan serius pada mukanya selepas disimbah sejenis cecair di tapak letak kereta di Taman Khidmat.
Menurut seorang saksi, penyerang itu memandu kereta MyVi di sekitar lot parking itu sebelum mendekati mangsa dan menyiram cecair ke arah mangsa sebelum melarikan diri.
Harian Ekspres
Chris Maskilone
No comments:
Post a Comment