KOTA KINABALU: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah tidak seharusnya terlalu bangga dengarr jumlah harnpir 30,000 orang yang hadir untuk memohon pekerjaan dalam karnival kerjaya yang berakhir baru-baru ini.
"Ia adalah rekod pengangguran di Sabah. Tapi nampaknya Pemuda BN Sabah sangat bangga dengan jumlah penganggur yang hadir. Adakah mereka rnenganpgap perkara itu sebagai perhimpunan penyokong-penyokong BN?
“Jumlah yang besar itu hanya menunjukkan betapa terdesaknya belia-belia kita untuk mencari pekerjan," kata Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dullie Marie.
Pencari-pencari kerja itu datang dari Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan tempat tempat lain, katanya, sambil menambah adalah jelas bahawa sekurang-kurangnya 23,000 daripada pemohon itu masih pulang sebagai pengangur, kecewa dan hampa.
"Apa yang membuatkan Pemuda BN begitu bangga dengan jumlah yang hadir?" katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Malah, kata Dullie, Pemuda BN juga ada berkata bahawa karnival kerjaya 2011 yang dianjurkan oleh Pemuda BN Mac lalu di Kuala Lumpur juga sangat berjaya sehingga ia tercatat dalam Malaysia Book of Records.
"Bagaimana mereka mengukur kejayaan mereka? Adakah berdasarkan jumlah pengangur yang hadir atau bilangan pekerjaan yang ditawarkan kepada pemohon? Berapa ramai yang akhirnya mendapat pekerjaan?
"Dalam kes Sabah, terdapat. 6,345 pekerjaan ditawarkan seperti yang didakwa oleh Ketua Pemuda BN Awang Kadin Tan. Beritahu kami di mana dan apa jenis pekerjaan yang ditawarkan," katanya.
"Awang Kadin Tang, Ketua Pemuda BN Sabah tersilap menterjemah bilangan penganggur yang hadir sebagai kejayaan karnival belia mereka," katanya.
Harian Ekspres
2 Ogos 2011
M/s 2
No comments:
Post a Comment