Monday, 22 August 2011

Bekalan minyak masak di Tawau mencukupi: Fikri Lai

TAWAU: Daerah Tawau tidak berhadapan dengan isu kekurangan atau kehabisan bekalan minyak masak untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau, Mohd Fikri Lai berkata, bekalan barang keperluan itu adalah stabil dan mencukupi, hasil pemantauan pihaknya.

"Ketika ini, kita setiap hari menempatkan penguatkuasa di beberapa kawasan panas yang dikenal pasti, bertujuan untuk mencegah kehabisan bekalan," katanya.

Tidak setakat itu katanya, sebanyak 39 premis di seluruh daerah ini turut dilantik sebagai penanda aras bagi minyak masak 1 dan 5 kilogram, dami memastikan keperluan masyarakat pelbagai lapisan dapat dipenuhi.

Jelasnya, isu kekurangan minyak masak yang timbul akhir-akhir ini sebenarnya bermula apabila ada di kalangan pengguna sendiri yang membuat pembelian panik ekoran situasi kekurangan bekalan di tempat-tempat lain.

Tambahnya, jumlah kuota bekalan minyak masak bagi daerah ini dan sekitarnya ialah sebanyak 1,200 tan metrik sebulan dan di daerah ini. terdapat sebuah kilang minyak masak dan lapan syarikat pembungkus dan pemborong.

Beliau berkata demikian selepas melakukan pemeriksaan dan pemantauan bekatan minyak masak bersubsidi di sebuah pasar raya di bandar ini, hersama Ahli Parlimen Tawau Datuk Chua Soon Bui. 

Menyentuh satu isu lain, Fikri mengingatkan era peniaga di daeran ini supaya mematuhi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Hari Raya Puasa 2011 yang berkuatkuasa bermula 23 Ogos hingga 6 September 2011.

Peniaga yans gagal mematuhi SKHMP Katanya, bpleh dikenakan tindakan di bawah peraturan yang sedia ada.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, dialu-alukan menghubungi pejabat KPDNKK Tawau di talian 089-176690,” katanya.

Untuk rekod, di bawah SKHMP yang dilancar di seluruh negara itu, peniaga dikehendaki mematuhi kadar harga bagi 20 jenis barang keperluan yang terkandung di dalam senarai tersebut. 

OLEH MOHD ZAFRIN NOHDIN (zafrin@news-abahtimes.com.my)
New Sabah Times
Ahad, 21 Ogos 2011
M/s 3

No comments:

Post a Comment