Showing posts with label tungku. Show all posts
Showing posts with label tungku. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

Mereka yang layak tercicir


SAYA merujuk kepada perlaksanaan Mini Estet Sejahtera (Mesej) di kawasan parlimen Tungku oleh kerajaan BN.

Apa sudah jadi dengan slogan "Tiada siapa akan dikecualikan daripada aliran pembangunan" yang selalu dilaungkan oleh pemimpin BN? Saya berkata demikian kerana ramai yang layak tidak dibantu di bawah skim ini. Contohnya - Madalis Jala, 70, dari Kampung Nala yang dipinggirkan.

Ternyata mereka yang dibantu dipilih oleh parti kerajaan, dan bukannya melalui sistem.Jika semua 150 unit rumah di bawah skim ini diberikan kepada mereka yang layak sudah tentu tidak ada masalah yang timbul.

Malangnya, mereka pilih sesuka hati mereka. Inikah 1 Malaysia?

Dato Shuaib Dato Mutalib
Pengerusi CLCTungku

Harian Ekspres
Rabu, 11 Januari 2012
M/s 3