Showing posts with label kes papan tanda sapp. Show all posts
Showing posts with label kes papan tanda sapp. Show all posts

Saturday, 10 March 2012

SAPP, Mayor selesai saman di luar Mahkamah Tuntutan plantif tidak akan diteruskan

Jo An Mool
 
KOTA KINABALU: Saman yang dikemukakan Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor kerana cuba menanggalkan papan tanda parti itu Sabahtv.net di ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang tahun lalu, ditarik balik setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara baik.

Tindakan itu sepatutnya dibincangkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk David Wong pada jumaat tetapi peguam plantif Ken Yong memberitahu mahkamah bahawa sebelum tarikh perbicaraan itu, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah.

Wednesday, 1 February 2012

Bicara kes tuntutan SAPP didengar 9 Mac

Jo Ann Mool

KOTA KINABALU: Kes tuntutan oleh Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor kerana cuba mengalihkan papan tanda Sabahtv.net milik parti itu di ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang tahun lepas akan didengar pada 9 Mac.

Thursday, 22 December 2011

Saman SAPP terhadap Mayor disebut 20 Jan

Jo Ann Mool

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 20 Januari, tahun depan untuk sebutan saman yang dibuat oleh Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor kerana cuba menanggalkan papan tanda Sabahtv.net parti itu di ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang empat bulan lepas.

Mahkamah Tinggi Datuk David Wong menetapkan tarikh itu pada Rabu, yang dijadualkan sebagai pengurusan kes sebelum perbicaraan.

Terdahulu, mahkamah dimaklumkan oleh peguam yang mewakili SAPP, bahawa mereka akan membuat permohonan baru untuk kes itu diselesaikan dengari cara Perintah 14A Peraturan Mahkamah Tinggi untuk kes itu diselesaikan mengikut undang-undang.

Peguam plaintif, Ken Yong, yang tampil bersama peguam Peter Marajin, memohon penangguhan bagi bersedia untuk soalan.

Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong bagi pihak parti itu memfailkan saman terhadap Mayor pada 22 Julai, tahun ini kerana cuba menurunkan papan tandn itu pada 9 dan 11 Julai, tahun ini.

Plaintif mendakwa tindakan oleh DBKK untuk menanggalkan papan tanda itu adalah berniat jahat (mala fide), bermotifkan politik dan bertujuan untuk mencemarkan reputasi dan imej parti itu.

Parti itu memohon deklarasi bahawa undang-undang kecil No 3(1) dan 4 Undang- Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Kinabalu' (Pengiklanan) 1983 tidak termak- tub kepada entiti bukan komersil.

Parti itu juga memohon notis kedua yang dikeluarkan oleh defendan bertarikh 11 Julai adalah berniat jahat dan salah dan dengan itu, ia batal dan tidak sah.

Parti itu juga memohon deklarasi bahawa mereka berhak memaparkan Papan Tanda No.2 (Sabahtv.net) di premisnya sendiri dan deklarasi lanjut bahawa mereka berhak menunjukkan mana-mana papal tanda melainkan defendan dapat membuktikan bahawa ia boleh membahayakan orang awam dan/atau mengandungi kata-kata atau bahasa yang dilarang oleh undang-undang Malaysia.

Peguam Kanan Negeri Hanafiah Kasim mewakili Mayor.

Harian Ekspres
Khamis, 22 Disember 2011
 M/s 5

Tuesday, 13 September 2011

10 Okt untuk permohonan batal kes saman SAPP terhadap DBKK


KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini kelmarin menetapkan 10 Oktober depan untuk mendengar permohonan pembatalan kes saman Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berhubung isu penurunan papan tanda Sabahtv.net parti berkenaan pada 9 Julai lepas.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah menetapkan tarikh permohonan kes itu selepas mendengar hujah daripada Peguam Kanan Negeri, Hanafiah Kasim yang mengemukakan bahawa Setiausaha Agung SAPP, Datuk Richard Yong memfailkan saman atas kapasiti bukan pegawai awam yang dilantik pertubuhan terbabit.

Katanya di mahkamah kelmarin, saman terbabit tidak tertakluk seperti mana di bawah Seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan 1966.

Ini berikutan, di bawah seksyen tersebut ada menyatakan peruntukkan bahawa sesuatu pertubuhan boleh mendakwa atau didakwa atas nama mana-mana seorang anggotanya seperti mana yang dinyatakan kepada Pendaftar Pertubuhan dan  didaftar olehnya sebagai pegawai awam pertubuhan bagi maksud itu.

Sehubungan itu, dalam kes saman tersebut telah dikemukakan atas nama Setiausaha Agung bukan pegawai awam bagi pertubuhan itu.

Pihak plainitif diwakili oleh peguam bela Peter Marajin dan Ken Yong.

Terdahulu, pihak SAPP yang diwakili oleh Richard sebagai plainitif telah memfail saman terhadap  Mayor DBKK pada 20 Julai lepas kerana cuba menurunkan papan tanda Sabahtv.net parti itu di premis mereka di Luyang antara 9 hingga 11 Julai tahun ini.

Utusab Borneo
Selasa, 13 September 2011
M/s  A5