Larry Ralon
KOTA KINABALU: Sabah mampu memperoleh hasil bernilai RM5 bilion menjelang 2015 cli bawah Pelan Ekonomi Parti Maju Sabah (SAPP), kata penasihatnya Datuk Haji Mohammad Noor Mansur.
Bekas Menteri Kewangan negeri itu berkata, ini boleh dicapai melalui penjanaan pendapatan daripada sumber hasil yang baharu termasuk pemantauan ketat royalti terhadap minyak dan gas, meningkatkan pengeluaran minyak, cukai tanah terhadap pemasangan paip Petronas, pelelongan awam tanah komersil bandar, membolehkan pengubahan tanah kelapa sawit menjadi tanah perindustrian serta menyemak semula royalti balak konsisten dengan harga pasara.
Memberi penjelasan, beliau berkata, pada 1980-an Sabah memperoleh hasil RM1 bilion dengan hasil negeri terus meningkat dengan kepelbagaian sumber hasil kepada RM2bil pada 1990-an dan RM3bil pada 2000-an dan RM4 bilion tahun lalu.
Katanya, tambahan RM1bil setahun harus dimasukkan ke dalam Tabung Warisan Sabah (sebuah tabung simpanan negeri yang ditubuhkan pada 1997) di mana RM100 juta akan didepositkan dalam tabung itu; Majlis Minyak Sawit Sabah (RM100 juta); pelaburan dalam pengeluaran makanan dan keselamatan ;serta mampu diri dalam beras (RM200 juta) latihan sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti majikan dan pekerja tempatan untuk mencapai gaji saraan - gaji minimum - dalam usahasama dengan kesatuan pekerja (RM100 juta); dan tabung disatukan (RM500 juta).
"Pelan ekonomi kita untuk Sabah mensasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada lima hingga 8 peratus, berbanding kadar inflasi dua peratus, berbanding KDNK sekarang 3.5 peratus dengan inflasi dua peratus. Pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat diperlukan untuk memperluaskan kek ekonomi serta mengurangkan kemiskinan," katanya dalarn menjelaskan pelan tersebut di pelancarannya di hotel Ming Garden di sini, lsnin.