Showing posts with label Hasrat SAPP. Show all posts
Showing posts with label Hasrat SAPP. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

SAPP tanding 40 kerusi untuk dapatkan mandat rakyat

Uhim Wong dan Mail Matthew

KENINGAU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu akan bertanding sebanyak 40 kerusi di seluruh Negeri.

Katanya, rakyat harus memberikan mandat kepada parti tempatan itu membentuk kerajaan baru.

"SAPP dalam tempoh dua tahun akan memastikan kaum bumiputera khasnya Kadazandusun dan Murut (KDM) di luar bandar yang memohon Tanah Hak Adat Anak Negeri (NCR) akan diluluskan dan diberikan geran NT.

"Kerajaan Sabah tidak perlu meminta kerajaan pusat membantu kerana kami boleh mentadbir dan membaiki pendapatan ekonomi Sabah termasuk royalti minyak," katanya di majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Batu  1, di sini, Selasa lepas.

Turut hadir ialah Pengerusi CLC Bingkor merangkap Pengerusi Penganjur, Richard Lee Puan Hiam, Naib Presiden SAPP merangkap Pengerusi Zon Pedalaman dan CLC Liawan Datuk Frankie Chong Yu Chee, Naib Presiden SAPP merangkap Bendahari Agung SAPP Duli @ Dullie Bin Marie, Timbalan presiden SAPP merangkap Pengerusi CLC Inanam Datuk Eric Enchin Majimbun dan Pengerusi Jawatankuasa Manifesto Induk SAPP Datuk Hj Mohd Noor Mansoor dan juga pemimpin-pemimpin SAPP pedalaman.