Showing posts with label Dasar SAPP. Show all posts
Showing posts with label Dasar SAPP. Show all posts

Monday, 27 February 2012

SAPP akan berjuang sendiri

Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Kewangan Sabah, Datuk HJ Mohd Noor Mansoor berkata Parti Maju Sabah (SAPP) mungkin mengharungi sendiri tanpa perlu bekerjasama dengan parti pembangkang lain pada pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu, beliau mengingatkan agar ahli parti itu bersedia dan terus berjuang menyakinkan rakyat negeri ini bahawa SAPP sudah sedia mentadbir negeri ini dengan lebih baik jika dberi kepercayaan.

Katanya SAPP telah melawat hampir seluruh pelusuk daerah dan beliau mendapati penerimaan serta sokongan rakyat terhadap parti itu semakin kukuh.

“Di Tenom saya telah beritahu bahawa Sabah kini berada di persimpangan jalan dan tidak tahu ke mana hendak dituju tetapi SAPP tahu kerana parti ini telahpun menetapkan hala tujunya,” katanya semasa lawatan SAPP peringkat parlimen Sepanggar di Inanam dekat sini dua hari lalu.

Beliau yang juga salah seorang penasihat SAPP berkata, Sabah seharusnya ditadbir oleh kerajaan dari parti politik tempatan dan bukannya parti politik dari Semenanjung.

Dasar SAPP sangat jelas bahawa kita sedia bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang tetapi nampaknya kita tidak bolen percaya lagi.

"Kira perlu tolak parti dari Semenanjung. Mereka tiada tempat di sini. Sabah adalah hak kita" katanya.

Mohd Noor mendedahkan bahawa ada juga orang yang bertanya kepadanya bagaimana jika Upko keluar BN dan bekerjasama dengan SAPP.