Showing posts with label Bekalan minyak masak. Show all posts
Showing posts with label Bekalan minyak masak. Show all posts

Monday, 22 August 2011

Bekalan minyak masak di Tawau mencukupi: Fikri Lai

TAWAU: Daerah Tawau tidak berhadapan dengan isu kekurangan atau kehabisan bekalan minyak masak untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau, Mohd Fikri Lai berkata, bekalan barang keperluan itu adalah stabil dan mencukupi, hasil pemantauan pihaknya.

"Ketika ini, kita setiap hari menempatkan penguatkuasa di beberapa kawasan panas yang dikenal pasti, bertujuan untuk mencegah kehabisan bekalan," katanya.

Tidak setakat itu katanya, sebanyak 39 premis di seluruh daerah ini turut dilantik sebagai penanda aras bagi minyak masak 1 dan 5 kilogram, dami memastikan keperluan masyarakat pelbagai lapisan dapat dipenuhi.

Jelasnya, isu kekurangan minyak masak yang timbul akhir-akhir ini sebenarnya bermula apabila ada di kalangan pengguna sendiri yang membuat pembelian panik ekoran situasi kekurangan bekalan di tempat-tempat lain.