Showing posts with label Aktivis. Show all posts
Showing posts with label Aktivis. Show all posts

Wednesday, 3 August 2011

Saya tidak berhenti setakat Daftar Pemilih Likas: Aktivis

Chris Maskilone 

KOTA KINABALU: Aktivis politik Dr Chong Eng Leong (gambar) berkata, beliau tidak berhenti setakat Daftar Pemilih Likas selepas petisyen pilihan raya 1999 tetapi sebaliknya meneruskan siasatan terhadap keseluruhan daftar pemilih Sabah.

"Begitulah bagaimana saya mengesan 70,000 nama dalam daftar Sabah, nama-nama yang berkaitan dengan nombor projek IC yang didedahkan semasa perbicaraan dan  Kawang mempunyai 1,292 untuk makluman (Presiden SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan (Setiausaha Agung) Datuk Richard Yong.

"Saya tidak membiarkan dan melupakan isu kehadiran pengundi hantu di tempat lain seperti Kawang begitu sahaja seperti apa yang dikatakan oleh Yong, sebenarnya (semasa masih bersama Parti Bersatu Sabah) saya terus menyiasat keseluruhan Dafter Pemilih Sabah,” katanya disini Selasa.