Showing posts with label AMT SAPP. Show all posts
Showing posts with label AMT SAPP. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

SAPP lantik 2 AMT Bumiputera

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan pelantikan dua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terbaharu.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata, kedua-dua AMT itu ialah Roger Stimin dan Abdul Malik Mohed yang berpengalaman luas dalam bidang politik di Sabah.

Roger Stimin adalah seorang peguam berusia 32 tahun manakala Abdul Malik seorang peniaga berusia 47 tahun. Mereka adalah dari kalangan Bumiputera yang dilantik untuk memantapkan jentera pilihan raya parti.

Pilihan raya umum kali ke-13 dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, mereka dilihat dapat melicinkan lagi jentera pilihan raya SAPP ini," katanya.

Katanya, jumlah AMT parti SAPP kini menjadi 15 orang ekoran pelantikan Roger dan Abdul itu baru-baru ini.

Beliau berkata, SAPP sebagai sebuah parti politik bukan perkauman sentiasa menitikberatkan keseimbangan wakil dari semua kaum di negeri ini.

Harian Ekspres
Selasa, 17 April 2012
M/s 3