Mail Mathew
TENOM: Naib Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat, Rudy Sulaiman Mairi mempertikaikan pendirian kerajaan yang tidak mengenakan tindakan tegas terhadap kontraktor konsesi kerajaan yang dikritik hebat kerana gagal menyelenggara jalan kampung dengan baik.
Beliau berkata, kontraktor terlibat tidak boleh disalahkan sepenuhnya kerana kerajaan juga tidak terlepas daripada bertanggungjawab di atas kelemahan tersebut kerana tidak bertindak tegas terhadap kontraktor terbabit.
“Seingat saya, ia bukan sahaja berlaku dikawasan pedalaman malah diseluruh negeri ini... tetapi kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor berkenaan kerana sudah gagal melaksanakan perintah kerja yang termaktub dalam perjanjian mereka," kata beliau di hadapan kira-kira 100 ahli SAPP di Kg batu 90-Simpangan, baru-baru ini.
“Adakah kontraktor itu mempunyai kekebalan dari segi tindakan kerajaan,” katanya, sambil menambah rakyat di kawasan akar umbi yang menjadi mangsa kepincangan itu sedangkan mereka amat mengharapkan jalan raya yang sempurna dan selesa.
Seiring slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' Kerajaan patut mengkaji semula perkhidmatan kontraktor terbabit.
“Sudah jelas kepada kita bahawa sistem penswastaan penyelenggaraan jalan raya dan juga lain-lain yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memberi manfaat kepada rakyat malah membebankan,” tegasnya.
“Banyak bukti yang boleh diambil contoh seperti jalan raya Binsilon-Tumantalik sejauh 5km belum dinaik taraf dan diaspal walaupun janji sudah ditaburkan sejak 2008 lagi.
“Pusat GiatMara bersebelahan SMK Tenom juga masih belum siap walaupun sudah lebih separuh tahun terbengkalai,” katanya lagi.
Harian Ekspres
Khamis, 22 Mac 2012
M/s 7
Memang kontraktor banyak yang buat kerja sembarang saja. Ikut suka hati dorang tanpa fikir kesannya nnati.
ReplyDeleteTengok sajalah banyak j/raya yang tidak sempurna pembikinan/penyelengaraannya. Hal ini cukup menyusahkan rakyat.
ReplyDeleteJadi hal ini patut diberi perhatian oleh kerajaan. Jangan abaikan saja kerana dikhuatiuri para kontraktor makin naik kepala.
ReplyDeleteBagi mengelakkan hal sebegini berlaku, pemantauan harus dilakukan sentiasa.
ReplyDeleteMana2 kontraktor yang gagal menyempurnakan tanggungjawab mereka harus dikjenakan tindakan tegas sebagai pengajaran.
ReplyDeleteBlacklist kepada kontraktor2 yang gagal mematahi piawaian yang tetapkan.
DeleteJangan biarkan kontraktor konsesi kerajaan hanya makan gaji buta tapi tidak melaksanakan kerja dengan baik.
ReplyDeletepara wakil rakyat dan person in charge dalam kontraktor tu harus rajin turun melawat site supaya kerja2 sentiasa bergerak sesuai dengan rancangan. Dan siap pada masa yang ditentukan. Segala selenggara harus dipantau dengan kerap dan teliti. Seperti yang disarankan oleh CM Datuk Musa Aman.
ReplyDeletesetiap kerja kontraktor kena dipantau. mana2 yang tidak melaksanakan kerja dgn baik harus dikenakan tindakan.
ReplyDeleteKOntaraktor yang tidak menjalankan tugas mereka dengan baik perlu di beri tindakan yang tegas agar masalah ini tidak berulang.
ReplyDeleteKerajaan blacklist sahaja nama2 kontraktor yang tidak membuat kerja mereka dengan betul.itu yang patut di lakukan.
ReplyDeleteKerajaan harus sentiasa memantau projek yang di jalankan, agar semua berjalan dengan lancar.
ReplyDeleteSyarikat yang tidak memberikan perkhidmatan yang baik sememangnya perlu diambil tindakkan.
ReplyDeletesebab itulah para kontraktor2 di negeri ini sentiasa selesa melakukan kerja2 ala kadar dan mengaut keuntungan berlebihan.. sebab mereka tahu bukan mereka yang dipersalahkan kelak..
ReplyDelete