Thursday, 22 March 2012

SAPP cabar Raymon selesaikan isu dasar kabotaj

KOTA KINABALU: Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Richard, Yong mencabar Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan memberi jalan penyelesaian kepada isu dasar kabotaj yang menjelaskan pembangunan perindustrian di Sabah.

Dasar itu bertanggungiawab ,terhadap kos perkapalan lebih tinggi menyebabkan kos bahan lebih mahal seterusnya menjejaskan daya saing Sabah serta pembangunan industri di negeri ini.

Dalam satu kenyataan di sini pada Rabu, Yong menegaskan, penafian Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bahawa dasar kabotaj menjadi punca utama kos bahan yairg tinggi menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Persekutuan belum bersedia untuk memansuhkan dasar ini yang merugikan Sabah.

“Sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian untuk Sabah, Datuk Raymond Tan, mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa cadangan beliau untuk menangkis keran buruk dasar itu kerana tugas kementeriannya adalah untuk menarik pelabur ke Sabah terutamanya ke Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

“Apa yang telah dilakukannya untuk menyelesaikan masalah kos tinggi pengeluaran yang dihadapi oleh kilang-kilang Sabah?” tanya beliau.

Beliau menekankan, tujuan utama KKIP adalah untuk menarik usahawan tempatan dan pelabur asing untuk membuka kilang di Sabah dan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan.

“Nampaknya Kerajaan Persekutuan tidak begitu prihatin dengan pembangunan perindustrian di Sabah.

Harian Ekspres
Khamis, 22 Mac 2012
M/s 2

23 comments:

  1. maksud menteri itu ada lah dasar meminggirkan sabah dari arus pembangunan dan menjadikan sabah sebagai pak turut..bak kata orang muda-muda cium bontot lah orang-orang sabah ini...seperti kerbau dicucuk hidung lah...bah orang-orang sabah yang boleh mengundi PRU13 humban kan kerajaan BN pusat dan negeri ke dasar laut sulu dan laut cina selatan....jangan malu dan jangan segan.

    ReplyDelete
  2. Mungkin betul juga dasar kabotaj bukanlah punca utama kos bahan tinggi. Jadi hal ini perlu kajian teliti sebelum dimansuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya dasar kabotaj ini perlu di kaji semula agar dpat mencari jalan penyelesaian.

      Delete
  3. Tapi kalau memang ramai yang tak suka atau terbveban dengan polisi ini, patut kerajaan mansuhkan saja supaya semua pihak happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan harus melakukan apa yang patut untuk kebaikan semua pihak.

      Delete
  4. Entah apa penjelesan si Raymond pasal hal ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu sajalah apa perkembangan mengenai pekara ini.

      Delete
  5. Perjelaskan hal ini supaya tidak lagi timbul kekeliruan mana-mana pihak terutamnya rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, perlu beri penjelasan berkenaan hal ini agar rakyat tidak terkeliru dengan kata2 pembangkang.

      Delete
  6. Semoga hal ini dapat ditanggani dengan baik. All the bestpada semua pihak yang berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dakwaan bahawa hanya syarikat-syarikat perkapalan tertentu dibenarkan untuk mengangkut bekas transit antara Sabah dan Semenanjung Malaysia juga tidak benar kerana Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberi kebenaran khas atau dinyatakan hanya syarikat-syarikat perkapalan tertentu boleh menyediakan perkhidmatan kontena di Malaysia.

      Delete
  7. Selain daripada itu, kerajaan telah meliberalisasikan dasar Kabotaj bagi pengangkutan kargo kontena antara Pelabuhan Kelang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Sepangar pada 3 Jun 2009. Ini bermakna bahawa kapal-kapal asing adalah bebas untuk mengangkut bekas transit dari kapal utama bahawa dermaga di Semenanjung langsung kepada Sabah.

    ReplyDelete
  8. Kesimpulannya, apa-apa keputusan untuk mengimport atau mengeksport bekas langsung kepada atau dari Sabah adalah satu keputusan perniagaan bebas yang dibuat oleh syarikat perkapalan berkenaan. Ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan mana-mana dasar atau batasan yang ditetapkan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Kenaikan harga bahan mentah tidak hanya satu perkara tempatan tetapi satu fenomena global. Dengan ekonomi yang baik, terdapat lebih pembuatan dan peningkatan permintaan untuk komponen mentah komposit. Pada masa yang sama, bekalan adalah terhad dan mana-mana inventori lebihan bekalan hilang. Bekalan mudah dan ekonomi permintaan membawa kepada harga yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  10. Ekonomi yang semakin meningkat di seluruh dunia adalah kedua-dua dalam pembuatan komposit yang semakin meningkat, dan mereka sedang memakan lebih banyak produk yang dibuat dengan komposit. Dalam kedua-dua kes, permintaan global untuk bahan komposit boleh membawa kepada peningkatan tekanan harga.

    ReplyDelete
  11. Dasar kabotaj dilaksanakan di lebih 50 buah negara di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, China, India dan Australia. Namun, dasar tersebut juga telah dimansuhkan di negara2 lain dalam jangka masa lebih dari satu dekad yang lalu. Misalnya Kesatuan Eropah pada 1 Januari 1993.

    ReplyDelete
  12. Federak govt understood the needs of Sabah people and the government had wanted a win-win situation for all stakeholders, particularly the people in Sabah

    ReplyDelete
  13. Govt was fully aware of complaints that the policy was stifling the State economic growth, particularly in the manufacturing sector. Govt want every part of the country to grow economically and that is why the ministry need to look into these issues.

    ReplyDelete
  14. kena pastikan dasar yang ada tidak membebankan.

    ReplyDelete
  15. Jika dasar ini membebankan rakyat, rasanya perlu di kaji semula, beri ruang kepada kerajaan untuk selesaikan masalah ini, perkara ini bukan boleh selesai dalam masa yang singkat.

    ReplyDelete
  16. setuju dengan xave, tunggulah penjelasan diberikan dan penyelesaian yang akan dibuat...harap mana-mana pihak tidak mempolitikkan isu ini pula.

    ReplyDelete
  17. Tidak payah SAPP cabar pun Pihak tertentu sedang menyelesaikan isu ini. SAPP tidak perlulah mahu ulang-ulang isu yang telah dibangkitkan yang cuma inginkan populariti.

    ReplyDelete
  18. kalau tidak silap dasar kabotaj sudah bermula sejak tahun 1980.. kenapa SAPP terutamanya YTL tidak menyelesaikan masalah itu ketika masih berkuasa? malah menduduki kerusi KM Sabah??

    ReplyDelete