KOTA KINABALU: MP Tawau Datuk Chua Soon Bui pada Sabtu menggesa Kerajaan Persekutuan menyegerakan pemansuhan Dasar Kabotaj.
Beliau menegaskan ini adalah wajar kerana Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha baru-baru ini mengumumkan Kerajaan bersikap liberal dalam Dasar Kabotaj dan kapal asing bebas memasuki mana-mana pelabuhan di Sabah.
"Kong harus bertanggungjawab dengan apa yang dikatakannya," tegasnya, sambil menambah beliau akan membangkitkan isu itu di Parlimen.
Katanya, pemansuhan dasar tersebut juga konsisten dengan konsep Perdana Menteri iaitu 1Malaysia, dan juga pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Sabah, yang bermatlamat untuk memberi daya saing kepada Sabah.
Beliau juga yakin pemansuhan itu secara berkesan akan meringankan beban rakyat akibat kos sara hidup tinggi yang sebahagian besarnya disebabkan oleh Dasar Kabotaj.
"Rakyat Sabah telah hidup dalam keadaan susah dengan kos sara diri yang lebih tinggi 40 peratus selama 30 tahun. Walaupun, hakikatnya Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia," katanya.
Beliau selanjutnya berkata pelaksanaan dasar tersebut juga memberi kesan buruk ke atas pelbagai industri di Sabah, termasuk industri pembuatan dan pembinaan. Ini disebabkan oleh kos bahan tinggi akibat kos pengangkutan tinggi.
Chua yang juga Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) menerangkan ini adalah kerana di bawah dasar Cabotage, hanya kapal kargo milik Malaysia dibenarkan untuk membawa kargo dari negara luar ke Pelabuhan Klang dan kemudian kargo import tersebut diangkut ke pelabuhan Negeri ini.
Beliau berasa terkejut dengan jawapan Kong berhubung isu dasar Kabotaj dimana Kong mengenepikan kesusahan yang ditanggung oleh rakyat Sabah.
Beliau juga bersetuju dengan Presiden Persatuan Pengeluar Sabah (FSM) Datuk Wong Khen Thau, sebarang komunikasi pada masa akan datang untuk menyelesaikan masalah di Sabah harus diajukan terus kepada Perdana Menteri.
Beliau berkata, tidak mustahil rakyat Sabah terutama penggiat sektor perniagaan hilang kepercayaan terhadap kedua-dua Menteri Persekutuan dan Negeri untuk menyelesaikan isu Dasar Kabotaj untuk Sabah dan Sarawak.
Harian Ekspres
Ahad, 25 Mac 2012
M/s 5
Pastikan isu yang semakin kerap diuatarakan ini diberi perhatian sewajarnya.
ReplyDeleteKalau perlu dimansuhkan then mansuhkan sahaja plosi ini.
ReplyDeletePolisi ini perlu dikaji semula sebelum mengambil apa2 tindakan. Lagipun, untuk memansuhkannya bukanlah suatu tindakan yang mudah memandangkan negara sudah lama mengamalkan dasar ini. Banyak perkara perlu dipertimbangkan.
DeleteSelain dari polisi kabotaj, saya yakin ada faktor lain lagi yang menyebabkan hidup rakyat masih lagi dibebani. Jadi janganlah asyik cakap polisi ini punca segalanya.
ReplyDeleteJika memang menyusahkan rakyat tunggu apa lagi mansuhkan sajalah!
ReplyDeleteLogik jugalah apa yang diperkatakan... Namun terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian sendiri. Yang pasti kita tunggu saja apa kata kerajaan mengenai dasar ini.
ReplyDeleteapa2 dasar yang membebankan harus dimansuhkan, wujudkan dasar yang memudahkan.
ReplyDeleteMengenai Kabotaj ini rasanya perbincangan akan dibuat antara pihak tertentu untuk mencari kata putus yang terbaik mengenai polisi ini.
ReplyDeleteHope we can get a win-win situation in this issue.
DeleteKerana dasar kabotaj ini menyebabkan kita 1 Negara 2 harga yang berbeza. Semenanjung harga lebih murah berbanding di Sabah hanya kerana disebabkan oleh dasar ini. Maka cari keputusan yang terbaik mengenai perkara ini.
ReplyDeleteIni sememangnya tidak begitu adil kepada negeri Sabah dan Sarawak. Sepatutnya tidak wujud perbezaan yang menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat kerana beban harga yang terpaksa ditanggung. apatah lagi, barangan yang mahal tetapi gaji yang diperolehi oleh rata2 pekerja di swasta adalah rendah.
Deletejangan pula nanti selepas dasar kabotaj dimansuhkan ada pula suara2 sumbang kononnya kerajaan mengabaikan syarikat perkapalan tempatan..
ReplyDelete