KOTA KINABALU: Adun Luyang daripada SAPP Melanie Chia Chui Ket akan menawarkan diri untuk mempertahankan kerusi itu sekiranya dipilih sekali lagi oleh pucuk pimpinan parti.
"Sebagai wakil rakyat Luyang, saya bertanggung jawab menawarkan diri untuk berkhidmat sekiranya saya dipilih oleh parti saya.
"Sudah tentu, ini era untuk orang-orang muda. Kita mahu lebih ramai anak muda yang boleh muncul untuk mencurah khidmat kepada negeri., Inilah apa yang dilakukan SAPP selama ini. Kita mendidik pekerja parti yang mempunyai potensi untuk memimpin, mempersiapkan diri mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat.
"Tetapi sebagai penyandang, saya masih menawarkan diri sekiranya parti menyokong pencalonan saya untuk pilihan raya akan datang," beliau memberitahu pemberita selepas satu sidang akhbar mengenai perayaan Tahun Baharu Cina Foh Sang. 
Chia, seorang naib presiden parti, mengakui yang kali ini, ia akan merupakan pertarungan sukar bagi beliau di Luyang, melihat kepada status "kerusi panas"nya.
"Nampaknya semua orang mahukan Luyang, termasuk DAP. Bagaimanapun saya tetap berpegang kepada motto saya iaitu untuk melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada Rakyat. Saya tahu ia bukan pilihan raya yang mudah tetapi saya mahu juga cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kelusi saya, " katanya. - MC
Harian Ekspres
Rabu, 1 Febuari 2012
M/s 7
 
No comments:
Post a Comment