LAHAD DATU : Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui memberi sokongan padu kepada penduduk asal Sabah untuk menuntut tanah adat mereka yang didakwa dirampas oleh pihak tertentu.
Dalam satu kenyataan, beliau turut mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana tidak komited terhadap isu tanah adat berkenaan.
Beliau yang juga Naib Pengerusi Parti Maju Sabah (SAPP) berkata demikian ketika menghadiri pesta Tahun Baharu Cina di Dataran Persatuan Akhlak Moral, di sini, pada Sabtu lalu.
Menurutnya, isu berkaitan tanah adat itu telah berlaku sejak lebih sepuluh tahun lalu, dan ia bukan sahaja berlaku di daerah ini malah di Tawau dan Semporna.
"Menurut pengetahuan saya, ada penduduk yang terbabit telah tinggal di kawasan itu sebelum penubuhan Malaysia bahkan sudah melibat ke beberapa generasir" katanya. 
Sehubungan itu, beliau melahirkan kekesalan kepada kerajaan yang memerintah kerana dilihat tidak komited berhubung isu itu sehingga timbul ketidakadilan terhadap penduduk yang terbabit.
Berdasarkan undang-undang yang ada, tambahnya, tanah adat berkenaan wajib dipelihara dan sekiranya terdapat bukti mengesahkan tanah terbabit ini milik mereka ia seharusnya dipertahankan.
Utusan Borneo
Rabu, 18 Januari 2012
M/s A7
 
No comments:
Post a Comment