KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Jumaat berkata, pihak berkuasa negeri harus mengambil tindakan tegas terladap "Ah Long" (pemberi pinjaman wang haram) dari negeri lain atau menghalang pendatang tanpa izin daripada datang ke Sabah.
Ketua Pemudanya Edward Dagul berkata; tindakan terbaharu menghalang Harris Ibrahim Presiden Pergerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) daripada memasuki Sabah telah membuatkan ramai orang tertanya-tanya akan keutamaan pihak berkuasa.
"Bukanlah lebih berfaedah untuk rakyat Sabah sekiranya pihak berkuasa yang berkenaan iaitu Jabatan Imigresen menghalang Ah Long dari negeri lain daripada beroperasi di Sabah?
"Atau dalam soal ini, menghalang kemasukan beramai-ramai pendatang tanpa izin daripada memasuki Negeri ini?," katanya dalam satu kenyataan.
Dagul berkata, laporan dalam sebuah akhbar tempatan (Daily Express) pada Jumaat mengesahkan apa yang dikhuatiri SAPP itu.
Laporan itu menyebut, polis sedang menyiasat tiga buah premis pemberi pinjaman wang.
Katanya, SAPP telah memberi amaran tentang peluasan Akta Peminjaman Wang 1951 pada 2008 yang menggantikan Ordinan Pemberi Pinjaman Wang Sabah.
Pihak berkuasa ketika itu, katanya, mendakwa peluasan Akta Pemberi Pinjaman Wang itu akan membolehkan mereka menangani aktiviti peminjaman tidak sihat dan ceti haram, antara lain.
Bagaimapapun, katanya, apa yang dilaporkan dalam akhbar-akhtar tempatan mencadangkan sebaliknya.
Kepada ramai penduduk di Sabah, jika tidak semua, masalah Ah Long dan pendatang tanpa izin, adalah soal keselamatan Negeri.
Masalah ini secara langsung mengancam kehidupan rakyat maka harus diberi keutamaan oleh pihak berkuasa, katanya.
Sebaliknya, katanya, menghalang seorang aktivis NGO daripada memasuki Sabah atas alasan yang lemah iaitu keselamatan Negeri adalah suatu perbuatan memalukan.
Harris, katanya seorang aktivis kebebasan awam yang terkenal dan dihormati yang peranannya dalam Bersih dan MCLM telah mendapat pengiktirafan ramai.
Dengan itu, katanya tidak ada asas untuk menghalangnya daripada memasuki negeri ini.
Katanya, Haris juga menjadi tetamu di SabahTV.net maka SAPP akan terus mengalu-alukannya.
Harian Ekspres
Sabtu, 10 Disember 2011 
M/s 1 dan 2
 
kerajaan takut blogger????
ReplyDeleteMasalah ah long dan juga PATI memang isu yang patut diberi perhatian serius. Harap kerajaan akan berusaha menyekat kemasukan individu yang boleh mendatangkan masalah kepada negeri kita.
ReplyDeleteHarap penyekatan aktivis MCLM ini akan dijelaskan dengan sebaik mungkin oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteSekatan tu berdasarkan keselamatan akta dalam negeri. Kerajaan pun tengah berusaha menyelesaikan masalah2 PTI dan ahlong.
ReplyDeletePTI should gone, yes it is. But I think this is 2 diff things.
ReplyDeletefurther explanation should be given to why haris was barred.
ReplyDeleteAh Longs and illegals are 2 diff things.
ReplyDeleteIni soal keselamatan.
ReplyDeleteThere is a good reason behind it.
ReplyDeletePlease don't relate something is not related.
ReplyDeleteLebih baik halang siapa2 saja yang boleh ancam keselamatan negeri ini.
ReplyDeleteTo bar one person is easy than to bar the PATI and Ah Long is not that easy.
ReplyDeletepenahanan Haris tidak boleh disamakan dengan PATI.
ReplyDeleteuntuk PATI kita perlukan RCI ditubuhkan. kuasa imigresen juga perlu diberikan sepenuhnya kepada Sabah.
ReplyDeletemenghalang PATI dan Ahlong sentiasa dilakukan oleh kerajaan..
ReplyDeleteuntuk menjaga keamanan Sabah, mana2 pihak yang berpotensi menghasut rakyat bagi mengadakan demonstrasi jalanan patut disekat.
ReplyDeletemacamana mahu tahu tu orang ahlong sebelum masuk negeri sabah? dia ada bagitau kah? SAPP bulih jawap kah?
ReplyDelete3 isu yang berbeza cuba dikaitkan oleh edward..
ReplyDeletetindakan yang berkaitan dengan keselamatan Negeri bukan suatu perbuatan yang memalukan..ini adalah benda yang sangat serius..
ReplyDeletethere will be an explanation of it..wait and see..
ReplyDeletetidak payah lah mahu diperbesar-besarkan pasal si Harris dihalang daripada memasuki negeri sabah..bukan isu/masalah rakyat yang sebenarnya pun..itu hal antara si Harris dengan pihak kerajaan..biar dia selesaikan..tdk payah pihak tidak berkaitan menyibukkan diri..
ReplyDeletetompinai jeff.
ReplyDeleteni SAPP memang suka menyibuk hal orang lain..si harris punya hal pun dia mahu sibuk..mahu jadi femes bah tu..mungkin SAPP tiada sudah isu mahu main pasal kes si YTL di mahkamah..
memang masalah PATI harus ditangani secepat mungkin sebelum ianya bertambah rumit untuk diselesaikan tetapi isu Harris ini kemungkinan berlainan sebab
ReplyDeletekemungkinan Musa/kerajaan negeri ada sebab utama mengapa aktivis ini dihalang masuk ke negeri ini
ReplyDeletejadi janganlah membuat spekulasi secara melulu
ReplyDeletetentu ada sebab terselit mengapa kerajaan negeri telah menghalang Haris dari masuk ke negeri ini
ReplyDeletebiarlah hal ini diselesaikan antara Harris dan kerajaan negeri, janganlah kita menggembar-gemburkan keadaan ini
ReplyDeleteBoth is a different category but both needed serious attention and control.
ReplyDeleteGolongan ini jika bertambah giat, susah nak dibayangkan akibatnya.
ReplyDeleteGovernment should explain why Haris been barred?
ReplyDeleteThe PATI should send back before serious incident happening.
ReplyDeleteTindakan kerajaan terhadap Haris membawa negatif impak.
ReplyDeletepasti ada sebab mengapa tindakan tersebut dilakukn.
ReplyDeletejika kedatangan beliau memberikan kesan yang kurang baik, memang patut tindakan tersebut dilakukan.
ReplyDeleteAh Long dan PATI harus juga dipantau.
ReplyDeletePATI juga datang memohon peruntukan RM500, adakah ini patut? Adakah mereka berkelayakan menikmati peruntukan bersama warganegara.
ReplyDeleteTindakan harus diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang.
ReplyDeleteI think SAPP has good intention to resolve Sabah issues.
ReplyDeleteKedua-dua golongan ini tiada beza jika mengancam ketenteraman negara. Harus mengambil tindakan serta-merta.
ReplyDeleteJika aktivis itu membawa sikap yang boleh menghantui fikiran rakyat bagaimana pula? SAPP perlu ingat.. Jika aktivis itu juga memburukan SAPP apa yang SAPP mahu katakan.
ReplyDeleteMengenai masalah PATI. Rasanya kerajaan memang serius menanganinya. Tapi cuma bukan senang untuk menyelesaikan perkara ini.
ReplyDeleteSAPP tidak perlulah mula menjadikan ini isu mereka. Mungkin ada sebab kenapa halangan itu berlaku kepada Harris oleh pihak berkuasa.
ReplyDeleteApa budaya yang ingin dibawa oleh Harris mungkin faktor kenapa dia dihalang untuk masuk ke Sabah.
ReplyDeletePATI dan Ahlong ini memang perlu ditangani.. Tapi mereka yang boleh membawa kekacauan juga perlu dihalang. Ini lagi memburukan keadaan.
ReplyDeletebayausbh.blogspot.com
Isu PATI dan Along ini suda lama kerajaan cuba untuk selesaikannya... bagi saya, pasti ada penjelasan yg jelas kenapa Harris tidak dibenarkan masuk ke Sabah..
ReplyDeleteSAPP saja mau kasih panas2 isu ne...teda kerja lain kan..
ReplyDeleteCuba mengaitkan 3 perkara yg berbeza..saja mau kasih femes diri sendiri...
ReplyDeletePATI dan Along memang antara masalah yg membimbangkan di Sabah..jadi, lebih baik jangan tambah masalah dengan membenarkan Harris masuk ke sabah..inii untuk langkah berjaga2 la tu..
ReplyDeleteKita tunggu penjelasan yg lebih jelas dari Datuk Musa..itu lebih baik..
ReplyDeleteselagi kerajaan sekarang tidak diganti selagi itulah masalah PTI tidak selasai sampai bila-bila....
ReplyDelete