Wednesday, 28 December 2011

Jogathon sambil derma darah esok di KB

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) Kota Belud akan mengadakan Larian Jogathon sambil menderma darah sempena Hari Krismas dan Tahun Baru 2012 di Padang dan Mini Dewan Piasau Kota Belud esok.

Pengerusi Penganjur Jack Giau berkata ianya bermatlamat untuk mengeratkan perpaduan dan hubungan di kalangan masyarakat di Kota Belud.

Kempen derma darah, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa, adalah bertujuan untuk menambah tabung darah Hospital daerah yang sangat memerlukan darah.

Antara acara yang akan dijalankan bermula jam 7 pagi, adalah persembahan poco-poco sebelum pelepasan jogathon.

Kempen derma darah akan bermula jam 8 pagi di mana artis jemputan Adira dan Atama akan menghibur hadiran.

Acara julung kali diadakan di Kota Belud itu akan dirasmikan oleh Presiden Parti Datuk Yong Teck Lee, yang juga bakal dihadiri Datuk Dr Jeffry Kitingan, Datuk Erik Majimbun dan Datuk Mohd Nor Mansor.

Harian Ekspres
Rabu, 28 Disember 2011
M/s 6

No comments:

Post a Comment