Tuesday, 15 November 2011

Yong jawab dakwaan Harris mengenai kerugian RM300j dialami SAS ‘Saya akan tembak diri saya sendiri’

KOTA KINABALU: Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee berkata, beliau sanggup menembak dirinya jika benar beliau yang menyebabkan Sabah Amanah Saham (SAS) mengalami kerugian RM300 juta disebabkan apa yang didakwa pertukaran saham North Borneo Timber (NBT/Warisan Harta).
 
"Jika benar saya telah menyebabkan kerugian RM300 juta oleh SAS disebabkan apa yang didakwa pertukaran saham NBT/Warisan Harta itu, maka saya akan tembak diri saya sendiri," katanya.

"Bagaimanapun, katanya, jika terbukti yang bukan beliau yang bertanggungjawab tetapi orang lain, maka beliau hanya berharap kebenaran itu dimaklumkan kepada semua rakyat dan keadilan dilakukan.

"Atas sebab inilah SAPP dan wakil-wakil rakyat kami mendesak supaya Kertas Putih mengenai fiasko SAS itu dikeluarkan dan membuat beberapa laporan polis," kata Yong, bekas Ketua Menteri (28 Mei, 1996 hingga 27 Mei,1998).

Dalam kes apa yang dipanggil kerugian RM300 juta yang dialami para pelabur Saham Amanah Sabah didakwa disebabkan pertukaran saham komposit NBT/Warisan Harta ketika itu, cara terbaik bagi Harris untuk mendapatkan kebenaran ialah untuk meyakinkan Ketua Menterinya supaya mengeluarkan Kertas Putih untuk mendedahkan kebenaran tentang siapa yang terlibat di sebalik fiasko SAS itu, katanya.

Lagipun, Harris baru-baru ini menyatakan bahawa Datuk Musa Aman adalah "Ketua Menteri terbaik selama ini" seperti yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Jika tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan dan jika Yong Teck Lee bersalah seperti yang didakwa Harris dan (Timbalan Ketua Menteri) Datuk Dr Yee Moh Chai, maka kenapa kerajaan ini tetap berkeras untuk tidak mahu mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu SAS itu?" dakwa Yong.

Seperti yang dilaporkan dengan tepat pada akhbar Ahad, Yong berkata, penerbitan di sebelah kirinya adalah Hansard (rekod sidang Dewan Undangan Negeri) dengan lambang Negeri Sabah pada kulit depannya.

"Buku di kanan saya itu adalah penerbitan 1996 oleh Harris; tidak syak gambar Harris mungkin gambar semasa dia menjadi Ketua Menteri. Tetapi buku 1996 itu diterbitkan atas nama Harris dengan tandatangannya di situ," kata beliau.

"Dengan itu, sekali lagi Harris tersilap menyangka buku yang mempunyai logo pada bahagian tengahnya itu (Hansard) sebagai bukunya. "Logo" itu sebenarnya gencana (crest) negeri yang digunakan oleh kerajaan negeri PBS pada 16 September 1988, yang masih digunakan hingga hari ini. "Logo itu tidak wujud sebelum 16 September 1988, dan pastinya belum ada semasa Harris menjadi Ketua Menteri dari 1976 hingga 1985."

"Jika seperti yang Harris kata buku itu diterbitkan antara 1976 dan 1985 (menjangka yang Harris maksudkan era Berjaya semasa beliau menjadi Ketua Menteri), maka gencana negeri itu mungkin sama ada lambang asal hari kemerdekaan 1963 atau jika tidak Raja Udang yang digunakan oleh pentadbirannya dari 1982 hingga 1988.

Yong mencadangkan supaya Harris membaca bukunya sendiri terbitan 1996 itu sebelum mengulas lanjut tentang penamatan sijil saham Yayasan Sabah itu.

Harian Ekspres
Selasa, 15 November 2011
M/s 1

52 comments:

  1. Yang menghairankan, kenapakah Polis juga tidak mengambil tindakan menyiasat perkara ini ? Adakah Polis juga boleh di gam mulut mereka oleh pelaku atau pesalah dalah hal ini ?

    ReplyDelete
  2. Hope that this explanation can clarify the whole issue.

    ReplyDelete
  3. Do we still need a white paper to investigate this SAS debacle after this?

    ReplyDelete
  4. Kan bagus kalau penyelewengan SAS disiasat, jadi segala tanda tanya dan tuduh menuduh dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. YTL cabar kertas putih. macam mana tu. ada berani kah

    ReplyDelete
  6. Mulalah sesi menunding jari. Siapa yang harus bertanggunjawab? sampai bila sesi seperti ini berlansung. Rakyat yang bingung.

    ReplyDelete
  7. yong mgg pandai berdolak dalik.

    ReplyDelete
  8. tak perlulah nak kata tembak diri sendiri, baik siasat siapa sebenarnya yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  9. Yong better get ready the gun if he is found guilty. but seriously, no need to use the "i will pull the trigger if im found guilty" technique. We all know youre ding the reverse psychology thingy.

    ReplyDelete
  10. I think its about time the white paper come out.

    ReplyDelete
  11. Gimik2..kasih keluar ja lah tu white paper, jadi semua pun puas hati dengan apa pun keputusannya nnti...

    ReplyDelete
  12. brani kh timbak diri sendiri YTL?? wait n see...

    ReplyDelete
  13. Tidak perlu keluarkan statement begini, mcm tidak profesional pula...

    ReplyDelete
  14. siapa yg bersalah sebenarnya dalam hal ini...harap kebenaran akan terbongkar...

    ReplyDelete
  15. apapun harap masalah ini segera selesai..

    ReplyDelete
  16. Harap Isu SAS ini boleh dijelaskan dengan sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  17. Kebenaran pasti akan diketahui, kita tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete
  18. masing-masing pun ada hujah mereka sendiri..

    ReplyDelete
  19. kita pandai-pandailah menilai pekara ini dengan bijak..

    ReplyDelete
  20. siapa Pengerusi WHS yang mengarahkan share swap pada waktu itu?? dan siapa yang mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah supaya membeli saham2 NBT dan Sugarbun?? pernah YTL nafikan??

    ReplyDelete
  21. Isu SAS telah dibicangkan panjang lebar pada persidangan DUN Sabah. dalam persidangan DUN itu, telah terbongkar bahawa mereka yang terlibat dalam skandal swap saham bluechip MISC milik SAS dengan saham spekulatif seperti saham sugarban adalah para individu yang ada kaitan rapat dengan Yong Teck Lee.. kalau tidak benar, Yong patut saman pihak yang berkenaan atas tuduhan memfitnah..

    ReplyDelete
  22. Beranikah YTL menembak diri sendiri? Atau cakap seperti hero saja kunun..

    ReplyDelete
  23. Ini bergantung kepada pihak yang mentadbir ketika itu. Siapa yang menandatangani kelulusan tersebut?

    ReplyDelete
  24. Banyak betul teka-teki. Tunjukkan bukti dan siasat siapa dalang di sebalik keugian itu.

    ReplyDelete
  25. YTL bermetafora saja tu. Manalah beliau mahu cari nahas tembak diri sendiri.

    ReplyDelete
  26. masalahnya mereka yang terlibat ni di kalangan orang2 ternama dan berkedudukan. sama2 menggunakan kuasa untuk menutup salah sendiri.

    ReplyDelete
  27. berapa tahun sudah tapi belum juga selesai2 isu ni. nampak macam bahan politik semata2.

    ReplyDelete
  28. keluarkan saja White Paper tu. bukannya salah untuk mencuba cara ni.

    ReplyDelete
  29. Yong deny about the losses of SAS matter. Now, he challenge himself with Harris, its really depends how the public judge them now.

    ReplyDelete
  30. No more further arguement, just go ahead with "white paper".

    ReplyDelete
  31. jelas kerajaan melindungi seseorang dan sesuatu perkara yang tersirat.

    ReplyDelete
  32. They have different set of version, who should be trusted?

    ReplyDelete
  33. Why refuse to go with white paper? Does the White Paper help for the investigation?

    ReplyDelete
  34. Always say like that. At the end of the day, he will like someone else.

    ReplyDelete
  35. Boleh tak fokus kepada sesuatu lebih penting?

    ReplyDelete
  36. More issues to come over.

    ReplyDelete
  37. rakyat fed up with the guessing game...

    ReplyDelete
  38. YTL want to shoot himself..SAPP should do something before Yong suicide..

    ReplyDelete
  39. from what i see, Yong is now a liability to his party...maybe SAPP supreme council should get rid of him before 13th GE for the sake of the party..people do not trust SAPP as long as Yong is the president.

    ReplyDelete
  40. balik2 isu SAS...bosan sudah...tiada isu lain kah?

    ReplyDelete
  41. buat saja siasatan...siapa yang bersalah, kita hukum lah..tidak payahlah Yong ugut mahu bunuh diri dengan tembak diri sendiri..

    ReplyDelete
  42. setakat ini, pihak kerajaan Sabah hanya berdiam diri tanpa memberi kenyataan mereka mengenai isu SAS ini

    ReplyDelete
  43. harap pihak kerajaan berani tampil ke depan untuk memberi penjelasan kepada rakyat Sabah

    ReplyDelete
  44. pastinya, ada pihak yang temberang dan menyembunyi sesuatu dari diketahui awam...kita nantikan sahaja kebenaran sebenar..

    ReplyDelete
  45. yang terlibat/tertuduh, masing-masing mempunyai pendirian sendiri, kita tunggu dan lihat keputusan seterusnya

    ReplyDelete
  46. itupun jikalau ada penyelesaian dalam isu ini..

    ReplyDelete
  47. Isu ini tiada penyelesaiannya jika kedua-dua pihak masih ego dan saling tunjuk jari.

    ReplyDelete
  48. Why government refuse to go with white paper? Please do not pro-long the issue, people get frustrated.

    ReplyDelete
  49. Datuk Musa Aman adalah "Ketua Menteri terbaik selama ini" seperti yang dilaporkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Jika tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan dan jika Yong Teck Lee bersalah seperti yang didakwa Harris dan (Timbalan Ketua Menteri) Datuk Dr Yee Moh Chai, maka kenapa kerajaan ini tetap berkeras untuk tidak mahu mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu SAS itu?" dakwa Yong.

    Buat lar siasatan. Kalau white paper boleh membuktikan Yong bersalah atau tidak, kenapa enggan menerima cadangan ini? pelik juga.

    ReplyDelete
  50. Yogn sanggup korbankan nyawa untuk membuktikan bahwa beliau tidak bersalah dalam kes SAS, susah untuk rakyat meramal siapa yang betul atau salah. Buat lah siasatan, pasti ada bukti dapat dikesani.

    ReplyDelete
  51. Jelas kerajaan melindungi seseorang. Apa boleh buat? Tunggu je lebih banyak bukti ditedahkan.

    ReplyDelete