Chris Maskilone 
KOTA  KINABALU: Pengakuan Ketua Menteri bahawa “kadar miskin tegar masih  tinggi disebabkan sistem e-Kasih” menunjukkan program pembasmian  kemiskinan di peringkat negeri dan persekutuan telah gagal.
Presiden  Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mendakwa, para pemimpin itu  tidak fokus terhadap program pembasmian kemiskinan dan kumpulan sasar  yang layak.
“Program  E-Kasih” ini sepatutnya untuk membasmi kemiskinan tetapi sekarang Ketua  Menteri menyalahkan sistem ini atas angka miskin tegar (4,657 orang),  katanya dalam satu kenyataan disini pada Selasa.
“Kekeliruan  ini memberi gambaran buruk kepada pentadbiran BN. Ini membuat kita  tertanya-tanya apa yang sudah berlaku dengan Amanah Ikhtiar Malaysia  dengan tabung RM236 juta dan Azam Niaga, Azam Khidmat, Azam Tani dan  Azam Kerjanya.
“Terdapat  juga KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) dan begitu banyak  program mengelirukan yang terpaksa ditangani kakitangan awam,” katanya.
Awal  tahun ini, Yong berkata, Menteri Persekutuan Datuk Sharizat Jalil  mengumumkan terdapat 4,255 kes e-Kasih di Sabah daripada sejumlah 54,180  kes di seluruh negara.
“Ini bermakna kes miskin e-Kasih telah bertambah 400 kes tahun ini.
“Setakat  akhir tahun lalu, ketua menteri mengistiharkan Tawau sebagai “Miskin  Sifar” yang tidak ada sesiapapun mempercayainya kerana garis kemiskinan  didefinisikan sebagai pendapatan keluarga RM540 dan miskin tegar RM270,”  katanya.
“Untuk melihat kemiskinan di Tawau anda hanya perlu memandu disekitarnya itu.
“Penduduk  asal yang dihalau dari tanah adat dan kampung tradisi mereka dalam  rezab hutan diburu kemiskinan. Disember lalu, Bank Dunia mengistiharkan  Sabah sebagai negeri paling miskin di Malaysia.
“Harga  barang asas, pengangkutan dan sewa terus naik sementara pendapatan  tidak berganjak. Belanjawan Negara 2012 tidak mengandungi apa-apa yang  boleh merancakkan ekonomi. Sebaliknya, Perdana Menteri menaikan caruman  KWSP sebanyak 1 peratus hingga 24 peratus yang tidak boleh digunakan  oleh pekerja mahupun majikan,” katanya.
Belau menambah, kemiskinan tidak boleh dihapuskan dalam pejabat-pejabat berhawa dingin mengunakan komputer. 
“Peperangan  terhadap masalah kemiskinan memerlukan keseluruhan jentera kerajaan,  pendidikan berkualiti untuk memecahkan kitaran kemiskinan, memperkasakan  anak-anak muda melalui latihan kemahiran, meningkatkan produktiviti di  luar bandar melalui pemilikan tanah dan jabatan-jabatan kerajaan untuk  memudahkan bukan menghalang pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Harian Ekspres
Rabu, 19 Oktober 2011 
M/s 1
 
No comments:
Post a Comment