Monday, 3 October 2011

Baiki semula rumah peneroka yang uzur

Datu Shuaib Mutalib

Rata-rata peneroka FELDA diseluruh Sabah mengalu-alukan arahan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, kepada Unit Perumahan agensi itu supaya menyegerakan kerja membaik pulih rumah-rumah peneroka yang sudah uzur. Arahan ini dikeluarkan beliau semasa lawatannya ke kompleks FELDA Umas di Tawau baru-baru ini.

Pen. Setiausaha merangkap Pengerusi SAPP CLC N.49 Tungku Lahad Datu, Datu Shuaib Mutalib, mengalu-alukan kenyataan Pengerusi FELDA itu, memandangkan kebanyakan rumah-rumah peneroka memang sudah berkeadaan usang dan memerlukan pembaikpulihan. Malah ujar beliau, beberapa keluarga peneroka yang rumah mereka belum diperbaiki hingga sekarang, terpaksa tinggal di gerai-gerai jualan FELDA di Sahabat, Tungku Lahad Datu. Kepada mereka, berita baik ini adalah merupakan satu rahmat yang mereka harap pihak Unit Perumahan supaya dapat menyegerakan kerja-kerja pemulihan. Maka dapatlah mereka pindah dan tinggal di rumah yang lebih selesa.

Dalam pertemuannya dengan peneroka-peneroka FELDA di Daerah Tungku, Datu Shuaib Mutalib, meminta mereka bersabar dan menunggu supaya rumah-rumah mereka siap diperbaiki. Beliau memohon demi kepentingan rakyat Tungku khasnya dan FELDA Sabah amnya, supaya pihak Unit Perumahan FELDA dapat memberi perhatian khusus kepada warga FELDA yang benar-benar memerlukan bantuan mereka. Beliau Mengalu- alukan kenyataan Tan Sri Mohd. Isa yang membuat arahan yang sepatutnya dibuat setahun dua yang lalu sebelum rumah-rumah peneroka menjadi terlalu aib dan usang.

No comments:

Post a Comment