Tuesday, 9 August 2011

Gagal laksana Pemborneonisasian: Dua saman kerajaan

Jo Ann Mool

KOTA KINABALU: Dua penduduk Sabah pada Isnin mengemukakan saman ter- hadap Kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana gagal melaksanakan Pemborneonisasian terhadap perkhidmatan awam Persekutuan di Sabah seperti yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia.

Bekas anggota polis Bernard Fung Fon Chen, 70, dan Mohd Nazid Maidan Dally, 36, yang bekerja sendiri, mernfail saman itu melalui peguam Peter Marajin di Pendaftar Mahkamah Tinggi pukul 10 pagi.

Fung dari Kota Kinabalu dan Nazib dari Sipitang menamakan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Mereka memohon pengisytiharan mahkamah yang Kerajaan Persekutuan telah gagal dan/atau cuai mempercepatkan dan melaksanakan sepenuhnya Pemborneonisasian perkhidmatan awal persekutuan di Negeri ini.

Mereka juga memohon pengistiharan Kerajaan Negeri telah gagal dan/atau cuai mengambil perundangan seperti itu, melaksanakan dan/atau bertindak seperti apa yang diperlukan dalam melanjutkan dan untuk melaksanakan sepenuhnya jaminan, perjanjian dan syor berkaitan dengan Pemborneonisasian perkhidmatan awam persekutuan di Sabah.

Plaintif seterusnya memohon pengisytiharan yang defendap pertama telah gagal dan/atau mengabaikan nasihat Yang Di Pertuan Agong di bawah Artikel 153(2) Perlembagaan persekutuan untuk memastikan reservasi bagi anak negeri Sabah seperti jumlah sewajarnya jawatan dalam perkhidmatan Persekutuan di Sabah.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa defendan pertama telah gagal melahsanakan sepenuhnya jaminan dan syor khusus dalam perenggan tujuh Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) bahawa Ketua Menteri Sabah harus dibawa berunding sebelum Kabinet Persekutuan menasihatkan Yang Di PertuanAgong tentang reservasi jumlah sewajarnya jawatan dalam perkhidmatan awam persekutuan untuk anak negeri Sabah.

Mereka juga memohon pengisytiharan yang pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan melalui pemansuhan Artikel 161A(3) pada 1971 adalah ultra vires dengan Artikel 161E(2)(d) Perlembagaan Persekutuan kerana pindaan pada 1971 itu tidak mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah.

Mereka juga memohon pengisytiharan yang penduduk dan anak negeri di Sabah mempunyai jangkaan yang sahih bahawa Pemborneonisasian perkhidmatan persekutuan di Sabah dilaksanakan dengan segera dan sepenuhnya, kos dan penggantian lain.

Kedua-dua Fong dan Nazib merujuk kepada Perjanjian Malaysia bertarikh 7 Julai, 1963, Akta Malaysia 1963, laporan IGC 1962, Memorandum 20 Perkara dan Memorandum Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia mengenai Malaysia yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold dan Perlembagaan Malaysia dalam saman mereka.

Pendengaran terhadap saman itu akan dilakukan di Mahkamah Tinggi pada 10 Oktober tahun ini.

Fung, yang meletakkan jawatan sebagai Inspektor pada 1980 setelah berkhidmat dalam pasukan polis selama 13 tahun, men- dakwa dia meletak jawatan kerana kecewa dan patah semangat kerana walaupun mempunyai kelayakan, dedikasi dan kerja keras, beliau sering diketepikan apabila berlaku kenaikan pangkat ke jawatan Asisten Superintenden Polis dan beliau juga sentiasa bersedia untuk berkhidmat di mana-mana sahaja di negara ini.

"Walaupun ada kekosongan dari semasa ke semasa di Sabah dan tempat lain di Malaysia, tetapi jawatan itu sering sahaja diberikan kepada para pegawai dari Semenanjung Malaysia sedangkan terdapat orang yang layak seperti saya dan lain-lain dari Sabah yang boleh mengatasi kekosongan tersebut.

“Sebagai warga dari zaman pra-Malaysia, saya berpeluang memfailtindakan ini terhadap kerajaan Negeri dan Persekutuan kerana gagal memenuhi perjanjian dan jaminan yang dibuat terhadap Sabah pada 1962 dan 1963 oleh para pemimpin Malaya dan jabatan penjajah British untuk melaksanakan Pemborneonisasian mengikut dasar dan keperluan perlembagaan.

Harian Express

No comments:

Post a Comment