KOTA KINABALU: Pihak berkuasa yang berkenaan digesa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap laporan berita kontroversi dalam portal berita dalam talian Sabahkini.net mengenai seorang pemimpin kanan Umno Negeri mempunyai perempuan simpanan Filipina.
Membuat gesaan itu, Ketua Penerangan Parti Maju Sabah (SAPP) Chong Pit Fah berkata, laporan berita itu memerlukan perhatian segera dan siasatan menyeluruh kerana pemimpin kanan Umno negeri ini didakwa sebagai telah menyalah guna jawatannya sebagai seorang penggubal undang-undang semata-mata untuk memuaskan keinginan peribadinya mempunyai perempuan simpanan Filipina, yang dipercayai pada asalnya seorang pendatang tanpa izin.
Adun Negeri Umno yang dikenali sebagai 'Datuk S' (nama dikenal pasti) itu didakwa menyalahguna kedudukannya untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk perempuan simpanan Filipinanya itu.
Dilaporkan juga, wanita itu datang ke Sabah menggunakan Pasport dan Visa Filipina tetapi gagal memperbaharuinya membuatkannya menjadi pendatang tanpa izin tetapi ia terus tinggal di negeri ini sehingga "Datuk S" datang dan membantunya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia dan kemudian menjadikannya perempuan simpanan.
Dilaporkan lagi, "Datuk S" itu juga dipercayai telah berbelanja besar untuk wanita itu dengan membelikannya antara lain hadiah-hadiah mahal, rumah mewah dan kenderaan.
"Membantu pendatang tanpa izin mendapatkan MyKad melalui pintu belakang jauh lebih serius daripada mengambil mereka bekeja dan boleh dianggap sebagai satu perbuatan mengkhianat. Perbelanjaan besarnya (Datuk S) terhadap perempuan simpananya itu juga menimbulkan persoalan tentang kekayaannya yang berlebihan.
Dengan itu saya menggesa pihak berkuasa yang berkenaan seperti Jabatan Pendaftaran Negala (JPN), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis untuk menyiasat dakwaan yang dibuat terhadap “Datuk S” itu.
Chong yang juga ketua bahagian SAPP Kepayan menekankan, perkembangan terbaharu itu membuatkannya lebih penting dan perlu bagi kerajaan Persekutuan mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), untuk menyiasat secara menyeluruh masalah pendatang tanpa izin serta isu-isu berkaitan dengannya di Sabah.
Harian Ekspres
Ahad, 8 April 2012
M/s 1,2
Siapa sebenarnya Datuk S ini? Shafie Apdal kah itu?
ReplyDeleteJika betul berita ini, baik umumkan sahaja nama pemimpin itu..baru rakyat tahu.
DeleteTidak tahulah bagaimana mereka mendapat tahu skandal sebegini. Memang tabik dengan para media.
ReplyDeleteCerita ini belum tentu tepat lagi. belum ada bukti kukuh.
Deletememang betul...membantu seorang pendatang haram untuk mendapatkan MyKad melalui pintu belakang adalah jauh lebih serius daripada melindunginya, dan ini dianggap sebagai perbuatan khianat.
ReplyDeletekalau benar ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...maka, kerajaan / penguatkuasa seharusnya bertindak segera dan bukannya berdiam diri sahaja atau melindungi 'pengkhianat' itu
ReplyDeleteJika betul cerita ini, perkara ini tidak harus di biarkan begitu sahaja, sungguh memalukan dan menjatuhkan nama baik BN sahaja.
DeleteJika tidak, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai khasnya Sabahan dan dunia amnya, bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini
ReplyDeletedemikian juga, jika kerajaan prihatin akan masalah PATI/PADI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13
ReplyDeletejika tiada tindakan pantas dilakukan oleh kerajaan untuk menangani isu yang berterusan ini, sudah pasti lebih ramai rakyat Sabah akan berakhir menjadi "pelarian di tanah air mereka sendiri"
ReplyDeletebgs dedahkan saja siapa datuk tersebut.
ReplyDeleteNampaknya Datuk S yang diwar-warkan itu sememangnya perlu disiasat.
ReplyDeleteDatuk S tiba2 menjadi sensasi sehinggakan ramai yang ingin tahu ceritanya
ReplyDeletekenapa tidak suruh saja Sabahkini buat laporan polis memandangkan mereka yang mendedahkan skandal itu dan kononnya memiliki bukti kukuh berkenaan dengan skandal itu??
ReplyDeleteyang peliknya, pihak yang membongkar dan mendedahkan skandal itu tidak pula tampil buat laporan polis, sebaliknya terus menerbitkan cerita skandal itu secara bersiri.. apa agenda mereka sebenarnya?? mengaibkan tertuduh??
ReplyDelete