Tuesday 17 April 2012

SAPP lantik 2 AMT Bumiputera

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan pelantikan dua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terbaharu.

Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah berkata, kedua-dua AMT itu ialah Roger Stimin dan Abdul Malik Mohed yang berpengalaman luas dalam bidang politik di Sabah.

Roger Stimin adalah seorang peguam berusia 32 tahun manakala Abdul Malik seorang peniaga berusia 47 tahun. Mereka adalah dari kalangan Bumiputera yang dilantik untuk memantapkan jentera pilihan raya parti.

Pilihan raya umum kali ke-13 dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, mereka dilihat dapat melicinkan lagi jentera pilihan raya SAPP ini," katanya.

Katanya, jumlah AMT parti SAPP kini menjadi 15 orang ekoran pelantikan Roger dan Abdul itu baru-baru ini.

Beliau berkata, SAPP sebagai sebuah parti politik bukan perkauman sentiasa menitikberatkan keseimbangan wakil dari semua kaum di negeri ini.

Harian Ekspres
Selasa, 17 April 2012
M/s 3

11 comments:

  1. SAPP mahu membuktikan bahawa parti mereka bukan hanya fokus pada pengundi cina sahaja dengan melantik dua orang AMT Bumiputera, ini taktik untuk mendapatkan sokongan dariapda kaum bumiputera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP boleh buat apa saja taktik tapi akhirnya semua terletak di tangan para pengundi pada PRU nanti.

      Delete
    2. SAPP mahu mengubah pandangan rakyat bahawa mereka merupakan sebuah parti cina.

      Delete
  2. Adakah SAPP akan memberi laluan kepada parti yang lebih berpeluang untuk bertanding satu-satu dengan BN? Seperti apa yang dilakukan oleh PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengoklah apa yang berlaku bila Pilihanraya Batu Sapi, walaupun PKR mahu SAPP memberi laluan tetapi mereka enggan memberi kerjasama.

      Delete
  3. Tidak pergi jauh juga tu SAPP

    ReplyDelete
  4. Apapun, selamat berjuanglah..

    ReplyDelete
  5. ini cara SAPP nak tarik pengundi bumiputera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah melantik seorang PATI untuk menarik pengundi PATI.

      Delete
  6. Ini rasanya tidak memberikan kesan kepada SAPP dengan perlantikkan tersebut.

    ReplyDelete
  7. semoga pelantikan 2 AMT bumiputera ini sedikit sebanyak dapat melonjakkan populariti SAPP.. teruskan saja usaha..

    ReplyDelete