Monday 16 April 2012

PKR sedia beri laluan kepada pembangkang di Sabah

KOTA KINABALU: Parti Keadilau Rakyat (PKR) bersedia melepaskan beberapa kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususrrya Parti Maju Sabah (SAPP) bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

 Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahirn berkata PKR berpendapat pembangkang akan mempunyai peluang lebih cerah pada PRU-13 jika wujud perlawanan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) "Kita (PKR) bersetuju untuk melepaskan beberapa kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum lepas untuk memberi laluan kepada parti pembangkang di Sabah, khususnya Sapp. 

"Kita juga sedang dalam perundingan dengan beberapa tokoh politik di Sabah untuk tujuan yang sama dalam kita mewujudkan perlawanan satu lawan satu dengan BN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah forum ekonomi di Tanjung Aru dekat sini, pada Sabtu.
Bagaimanapun, beliau tidak menamakan tokoh-tokoh yang dimaksudkan kerana masih dalam proses perundingan.

Anwar, yang juga Ketua Pembangkang, berharap parti-parti lain dalam pakatan pembangkang juga menunjukkan keterbukaan dan tidak sesekali menbuat kenyataan yang dilihat "agak sombong" mengenai parti pembangkang lain di Sabah kerana tujuan parti-parti pembangkang berkenaan adalah sama.
 
Selain PKR, Pakatan Rakyat turut dianggotai oleh Pas dan DAP.

"Bagaimanapun, kita berharap parti pembangkang di Sabah turut mendukung perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mengamalkan politik yang bersifat kenegerian. "Saya sendiri memantau trend politik di Sabah yang berpaksikan perjuangan kenegerian. Bagi Pakatan, apa yang penting ialah perjuangan untuk rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan keturunan," katanya.

Ketika ditanya sama ada Pakatan mengenal pasti pemimpin untuk dijadikan sebagai ketua menteri Sabah jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata: "Kita dalam Pakatan Rakyat sentiasa berunding.

Apabila tiba masanya, mereka sendiri (Pakatan Rakyat dan parti pembangkang di Sabah) akan mencadangkannya."

Mengenai janji PKR untuk menghapuskan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika Pakatan memerintah, Anwar berkata beliau yakin perkara itu boleh dilaksanakan. 

Harian Ekspres
Ahad, 15 April 2012
M/s 1

18 comments:

  1. PKR dan SAPP akan bekerjasama untuk menghadapi PRU dan PKR sendiri nampaknya sanggup bertolak ansur dengan kesediaan untuk memberikan beberapa kerusinya kepada SAPP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. parti pembangkang di sabah bukan SAPP sahaja..ada tu Star/UBA lagi...

      Delete
    2. Walaupun PKR sanggup memberi laluan kepada SAPP tetapi DAP tidak akan bersetuju.

      Delete
  2. Memang wujud sentimen politik yang bersifat kenegerian di Sabah. Ramai rakyat yang tidak menyukai parti2 dari Malaya yang bertapak di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia hanya bermaksud pengundi di sabah lebih selesa dengan parti tempatan sebab parti tempatan lebih memahami dan lebih dekat dengan rakyat..

      Delete
    2. Tidak kira pemimpin tempatan ataupun pemimpin Malaya, yang penting mereka boleh berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

      Delete
  3. Just hope that the straight fight won't turn into a 3 cornered fight during the GE-13, like the Batu Sapi by-elections.

    ReplyDelete
    Replies
    1. There might even be a four cornered fight this time with the addition of Star.

      Delete
  4. I suspect PKR willingness to give up some seats is due to their inconfidence to contest in certain areas due to migration of thousands of Pakatan Sabah members leaving the party recently.

    ReplyDelete
  5. mungkin adalah lebih baik jika PKR menumpukan perhatian di semenanjung sahaja dan tidak bertanding di sabah...ini barulah dikatakan sedia beri laluan..

    ReplyDelete
  6. PKR hanya bekerjasama dengan SAPP dan tidak dengan pembangkang lain seperti Star/UBA...mungkin kerana PKR tidak suka dengan JK..kan dulu JK pun dalam PKR..

    ReplyDelete
  7. akan ada pertandingan 3 atau 4 penjuru di sabah pada pru13 nanti..dan ini adalah kelebihan kepada BN sabah...rasanya BN sabah akan menang..

    ReplyDelete
  8. PRU13 penentuan, sama kita tengok result

    ReplyDelete
  9. PKR buat begitu kerana tau yang mereka makin lemah di Sabah. jika bertanding pun pasti kalah.

    ReplyDelete
  10. Beri laluan kerana tidak ada pilihan sudah PKR sekarang. Jika tidak terpaksa 2lawan 1 pada PRU akan datang.

    ReplyDelete
  11. sedangkan PRK Batu Sapi pun dia tidak sanggup memberikan laluan kepada SAPP, inikan pula PRU13??

    ReplyDelete
  12. tunggulah nanti masa PRU.. sedangkan rakan komponen sendiri pun sukar untuk PKR bertolak ansur dalam pembahagian kerusi, inikan pula dengan SAPP..

    ReplyDelete
  13. Kalau pihak pembangkang menang siapa bakal CM : Yong Teck Lee, Datuk Jeffry Kitingan, Datuk Lajim (jika dia keluar BN dan bertanding atas tiket pembangkang, Datuk Wilfred Bumbering (jika keluar BN dan bertanding atas tiket pembangkang) Jimmy Wong (Sri Tanjong) ...... siapa?

    ReplyDelete