Monday 5 March 2012

Saya tiada cakap seperti itu: Yong

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee menjelaskan bahawa dia tidak pernah berkata atau mengucapkan apa pun yang membawa makna bahawa "terdapat darah pada tangan Harris", seperti yang disebut dalam keputusan mahkamah untuk kes saman terhadapnya oleh Tan Sri Harris Salleh.

"Untuk lebih yakin, saya memeriksa nota prosiding, kenyataan akhbar asal dan kesemua kata-kata di dalam luar mahkamah. Tiada apapun yang merujuk kepada "darah di tangan Harris".

"Disebabkan hakim membuat kenyataan tersebut, ada pihak yang terkeliru dan bertanya kepada saya mengenainya. Saya tidak tahu dari mana mahkamah memperoleh kata-kata tersebut," tambahnya, “tapi saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah menyebutnya."

Yong turut memberi jaminan kepada ahli dan penyokong Parti Maju Sabah (SAPP) bahawa parti itu layak bertandin dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk membayar RM1 juta kepada Harris Salleh untuk ganti rugi.

Yong yang juga Presiden SAPP berkata perintah Mahkamah Tinggi tidak membatalkan kelayakan parti tersebut daripada bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang.
 
"Perintah untuk membayar RM1 juta kepada Tan Sri Harris Salleh bukan satu kesalahan. Ia hanya hutang dari segi undang-undang, oleh itu calon SAPP layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang akan datang," beliau memberitahu ahli, penyokong parti dan orang ramai di Pasar Minggu Jalan Gaya, di sini.

Harris yang juga bekas Ketua Menteri memfailkan kes saman terhadap Yong dan SAPP mengenai kenyataan berhubung pesawat Nomad Sabah Air yang terhempas di perairan Sembulan, di sini pada 6 Jun, 1976.

Tragedi yang dikenali sebagai Double Six menyaksikan Ketua Menteri yang baru dilantik, Tun Fuad Stephens dan tiga ahli Kabinetnya, Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin dan Datuk Chong Thien Vun serta tujuh yang lain terkorban.

Yong berkata beliau memutuskan untuk memberitahu ahli dan penyokong parti mengenai keadaan itu kerana ada antara mereka bimbang SAPP tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Pada masa sama, beliau berkata SAPP akan terus mendesak Putrajaya untuk membuka semula kes tragedi Double Six kerana rakyat Sabah berhak untuk mengetahui kebenaran di sebalik tragedi tersebut kerana sehingga hari ini, penemuan kes itu tidak didedahkan kepada umum.

Yong mendakwa sebaik selepas tragedi tersebut, Sabah kerugian 95 peratus dalam hasil minyak kepada Kerajaan Persekutuan, menyebabkan Negeri ini menjadi yang termiskin di Malaysia.

Harian Ekspres
Isnin, 05 Mac 2012
M/s 1

16 comments:

  1. Apa yang sudah berlaku tidak dapat diubah lagi, biarlah ia berlalu.

    ReplyDelete
  2. Layak ataupun tidak, SAPP tetap akan bertanding pada PRU-13, tapi soalnya adakah SAPP boleh menawan hati rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Based on YTL leadership during his tenure as the cm, I don't think it will be easy for him to easily get the people's trust and support.

      Delete
  3. Apapun, YTL kena juga bayar RM1 juta kepada Harris.

    ReplyDelete
  4. Tragedi Double Six memang sudah berlalu tapi rasanya memang rakyat berhak juga mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YTL menggunakan isu tu untuk terus mendapat sokongan rakyat Sabah.

      Delete
  5. I don't how how far Yong will do about this matter but as far as I concerned,if he's dare to make a statement then perhaps he ever said so.

    ReplyDelete
  6. Sejauh mana kebenarannya masih belum diketahui.

    ReplyDelete
  7. Someday the truth behind double 6 tragedy will come out.

    ReplyDelete
  8. SAPP layak bertanding dalam pilihnraya pun tiada guna kerana nama SAPP dah buruk kerana kes ini.

    ReplyDelete
  9. Kali ini hakim yang membuat keputusan dalam Kes Saman Double six....Pru 13 nanti, rakyat yang membuat keputusan...kita tunggu dan lihat....salute kepada SAPP dan Datuk Yong kerana berani menghadapi cabaran dan terus membela rakyat sabah....

    ReplyDelete
  10. Mungkin Yong terlepas cakap mungkin tanpa sedar. Maka sebab itulah lupa apa yang telah dikatakan.

    ReplyDelete
  11. Siapa yang benar, siapa yang menipu? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Bear in mind.

    ReplyDelete
  12. kalau bertanding pun tetap akan kalah.. sebabnya ialah, rakyat Sabah akan berfikir bahawa Yong akan menggunakan wang kerajaan untuk membayar semua saman tersebut.. kenapa perlu rakyat menaikkan pemimpin yang mempunyai tanggungan rm1 juta untuk memimpin negeri ini??

    ReplyDelete
  13. TRAGEDI DOUBLE 6 PERLU DIKETAHUI OLEH SEMUA RAKYAT. INI SEJARAH YANG BENAR BUKAN SEJARAH YANG DIREKA SEPERTI SUBJEK SEJARAH DI SEKOLAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak ada yang cakap Tragedi Double 6 itu direka2.. yang direka2 itu ialah kononnya wujud unsur sabotaj dalam tragedi ini.. selagi belum dibukti, selagi itu tidak wujud unsur sabotaj..

      Delete