Saturday, 10 March 2012

SAPP, Mayor selesai saman di luar Mahkamah Tuntutan plantif tidak akan diteruskan

Jo An Mool
 
KOTA KINABALU: Saman yang dikemukakan Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap Mayor kerana cuba menanggalkan papan tanda parti itu Sabahtv.net di ibu pejabatnya di Bornion Centre, Luyang tahun lalu, ditarik balik setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan secara baik.

Tindakan itu sepatutnya dibincangkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk David Wong pada jumaat tetapi peguam plantif Ken Yong memberitahu mahkamah bahawa sebelum tarikh perbicaraan itu, kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah.


Menurut Yong yang hadir bersama-sama peguam Peter Marajin, Peguam Negeri Mohd Hanafiah Mohd Kassim, yang mewakili Mayor, telah mencadangkan penyelesaian yang kemudiannya diterima pihak plantif.

Yong memaklumkan mahkamah yang mereka bersetuju dengan penyelesaian itu maka menarik balik saman tersebut.

Wong memutuskan bahawa, dengan persetujuan kedua-dua pihak, tuntutan plantif dalam tindakan terhadap defendan tidak diteruskan;

-  Plantif akan menulis surat kepada defendan untuk memberitahu papan tanda berkenaan dipasang dengan baik dan tidak membahayakan keselamatan awam

-  Bahawa defendan menarik balik semua notis bertarikh 11 Julai, 2011 dan defendan tidak mengalihkan papan tanda berkenaan.

Setiausaha Agung SAPP Datuk Richard Yong We Kong, bagi pihak parti memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Mayor pada 22 Julai, 2011 kerana cuba mengalihkan papan tanda itu pada 9 dan 11 Julai, tahun yang sama.

Plantif mendakwa tindakan DBKK membuka papan tanda itu adalah mala fide, bermotif politik dan disasarkan untuk mencemari reputasi dan imej parti tersebut.

Parti tersebut memohon deklarasi bahawa Undang-Undang Kecil No. 3(1) dan 4 Undang-Undang Kecil Pengiklanan Majlis Perbandaran Kota Kinabalu 1983 (“Undang-Undang Kecil Pengiklanan “) tidak boleh digunapakai ke atas mereka bukan entiti komersil.

Parti itu turut memohon notis kedua yang dikeluarkan oleh defendan bertarikh 11 Julai, 2011 adalah mala fide dan salah, oleh itu, tidak sah dan terbatal.

Sebagai tambahan, parti memohon deklarasi bahawa mereka berhak untuk mempamerkan Papan Tanda No.2 (Sabahtv.net) di premisnya sendiri dan deklarasi bahawa mereka berhak memaparkan sebarang papan tanda tersebut kecuali defendan dapat membuktikan bahawa papan tanda itu menimbulkan bahaya atau mengandungi perkataan atau bahasa yang menyalahi undang-undang Malaysia.

Richard Yong hadir di mahkamah bersama Timbalan Presiden parti, Datuk Liew Teck Chan, bekas timbalan Presiden Datuk Philip Yong, Penolong Setiausaha Suaib Mutalib, Ketua pemuda Edward Dagul dan Ahli Majlis Tertinggi Bahari Aship.

Harian Ekspres
Sabtu, 10 Mac 2012
M/s 5

20 comments:

  1. Akhirnya selesai setelah beberapa kali hal ni kena highlight.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah jika pekara ini sudah selesai..

      Delete
  2. Taniha kepada kedua-dua pihak kerana akhirnya mencapai persetujuan bersama. Inilah yang diharapkan ramai - kurangkan pertelingkahan dan banyakkan usaha utk saling bekerjasama bagi menanggani sesuatu hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..kurangkan pertelingkahan adalah lebih baik.

      Delete
  3. Harap lepas ini, isu ini tidak lagi diporak perandakan atau dipolitikkan demi kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, harap isu ni tidak pula dimainkan lagi.

      Delete
  4. Hal ini membuktikan tidak payah gaduh lama-lama pun, kalau namanya memang ada niat utk cari jalan penyelesaian pasti akan selesai juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. There is always a solution to a problem. Its just depends on how the person tackle the issue.

      Delete
    2. Jika kedua-dua pihak sanggup menyelesaikan masalah ini dengan cara yang baik, memang baguslah. Kalau dibawah ke mahkamah, proses amat panjang dan mahal.

      Delete
  5. Syukurlah dua-dua pun menunjukkan sikap yang matang dan membuat keputusan yang tepat.

    ReplyDelete
  6. Baguslah kerana boleh menyelesaikan isu ini diluar mahkamah, harap kes ini berakhir di sini.

    ReplyDelete
  7. bgslah ia ddpt diselesaikan dgn cara baik. ini menunjukkan kedua pihak bersikap terbuka.

    ReplyDelete
  8. bagus kalau dua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes ini diluar mahkamah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya mereka mengambil langkah seperti ini dari awal, apa pun, baguslah ianya sudah selesai.

      Delete
  9. Cara sebeginilah yang sebaiknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    ReplyDelete
  10. Kan senang kalau kedua pihak dapat menyelesaikan masalah dengan mudah. Tidak juga rakyat pening kepala lagi oleh kes sebegini.

    ReplyDelete
  11. Nampaknya kes ini selesai dengan baik antara DBKK dan juga parti SAPP.

    ReplyDelete
  12. jadi sekarang ini semua bolehlah fokus kepada tugas mereka masing-masing.

    ReplyDelete
  13. mungkin benar tindakan DBKK itu bermotifkan politik, tapi bagaimana pula dengan papan tanda SAPP?? tidak wujudkah unsur2 politik dalam papan tanda itu??

    ReplyDelete
  14. apa2pun syabas kerana mampu mencapai kesepakatan bagi menyelesaikan masalah ini secara aman di luar mahkamah..

    ReplyDelete