Saturday, 3 March 2012

SAPP akan terus gesa kes Nomad terhampas dibuka semula


KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, ia akan terus menggesa putrajaya membuka semula kes pesawat Nomad penerbangan Sabah yang terhempas di perairan Sembulan pada 6 Jun, 1976 supaya rakyat Sabah dapat mengetahui cerita sebenar di sebalik tragedi Double Six itu.

Ahli Majlis Tertinggi SAPP Bahari Aship berkata, Mahkamah Tinggi di sini dalam keputusannya dalam saman fitnah yang difail mantan Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh terhadap SAPP dan presidennya Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, telah berkata yang tidak ada salahnya bagi Yong untuk meminta siasatan semula terhadap tragedi itu.

“Jadi tidak ada salahnya meminta tragedi Double Six itu disiasat semula. Nampaknya para pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk mereka dari Sabah telah tersalah anggap," katanya.

Katanya, Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ketua Menteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tersilap apabila beliau katakan pembohongan telah menjadi trend dalam kalangan pembangkang.

Bahari berkata, Rosnah sudah keterlaluan apabila beliau menyatakan kita (ahli-ahli potitik) tidak seharusnya menjadikan bercakap bohong sebagai satu tabiat, yang nampaknya telah menjadi trend dalam kalangan pembangkang".

Katanya, tragedi Double Six itu berlaku 36 tahun lalu tetapi sehingga hari ini Putrajaya tidak pernah mengumumkan hasil siasatannya. 

"Penduduk Sabah harus diberitahu apa yang sebenarnya berlaku," kata beliau.

Mengenai kenyataan Rosnah bahawa para pemimpin politik harus mempunyai sikap bertanggungjawab atas apa jua kenyataan yang mereka buat, Bahari berkata, SAPP memang mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap setiap kenyataan yang dibuatnya.

Bahari berkata, SAPP tidak pernah bercakap bohong.

Harian Ekspres
Sabtu, 3 Mac 2012

12 comments:

  1. ahli2 politik tidak berhak membangkitkan tragedi ini.. hanya keluarga mangsa sahaja yang berhak meminta fail siasatan dibuka semula..

    ReplyDelete
  2. SAPP perlu belajar menghormati keluarga mangsa.. tidak perlulah terdesak sangat semata2 mahukan sokongan rakyat sehingga melakukan tindakan2 yang mengganggu ketenteraman pihak lain..

    ReplyDelete
  3. jika SAPP benar2 mahu mendedahkan kebenaran disebalik tragedi double six ini, kenapa tidak ketika YTL masih menduduki kerusi KM Sabah?? kenapa YTL senyap ketika beliau mempunyai kuasa untuk mendesak persekutuan melakukan sesuatu terhadap tragedi ini??

    ReplyDelete
    Replies
    1. YTL hanya penting diri sendiri sahaja, tujuan beliau hanya untuk kepentingan politik sahaja.

      Delete
  4. SAPP sengaja nak memainkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  5. Kita tengok saja apa yang SAPP dapat lakukan mengenai perkara ini. Sejarah lama sukar untuk disiasat semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP tidak boleh buat apa2 tentang hal ni.Cakap banyak sajalah.

      Delete
  6. Kalau banyak duit berapa banyak kali pun boleh buka kes.

    ReplyDelete
  7. SAPP hanya pentingkan kepentingan politik sahaja, tidak fikir tentang keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  8. perkara ini sudah lama berlaku, rasanya tidak perlu bka kes lagi, kasihan keluarga mangsa yang terpaksa menghadapi hal ini sekali lagi.

    ReplyDelete
  9. SAPP jangan terllu mementingkan diri sendiri.jangan politikkn isu ini.

    ReplyDelete
  10. "..SAPP tidak pernah bercakap bohong.."

    Betulkah tidak ini?? Tiada dalam sejarah politik yang 100% benar.

    ReplyDelete