Monday 19 March 2012

Pengangkutan awam di Sabah perlu subsidi: SAPP

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan perlu memberi subsidi kepada Pengangkutan awam di Negeri ini, jika ia benar-benar prihatin terhadap rakyat Sabah, kata Parti Maju Sabah (SAPP).

Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah berkata ini adalah wajar dan perlu memandangkan majoriti rakyat Sabah masih miskin dan ada yang tidak mampu untuk membeli kenderaan.

Beliau berkata sekiranya Kerajaan Persekutuan mampu memberi subsidi kepada pengguna jalan di Semenanjung Malaysia sejumlah RM287 juta untuk empat laluan ekspres, maka ia tidak berdepan sebarang masalah untuk memberi subsidi kepada pengangkutan awam di Sabah.

“Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak boleh menyangkal atau melupakan hakikat bahawa sebahagian besar wang yang digunakan untuk mensubsidi syarikat tol disumbangkan daripada pendapatan yang dijana daripada minyak dan gas dari Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pengumuman baru-baru ini oleh Penampang Union Transport Company (PUTC) untuk memberhentikan operasi, menyatakan sebabnya adalah ketidakmampuan untuk menukar bas sedia ada yang berusia lebih 10 tahun kepada yang baru, seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Selain PUTC, Labuk Road Transport Company di Sandakan juga berdepan nasib sama.
 
Chong yang juga Ketua SAPP Kepayan percaya penutupan PUTC akan memberi kesan buruk kepada orang awam, terutama mereka yang tidak mempunyai pilihan selain bergantung kepada pengangkutan awam.

Pilihan tunggal sekarang adalah bas mini, yang malangnya juga berdepan masalah. Ini adalah kerana permit untuk kebanyakan bas mini hanya membenarkan pengendali beroperasi di sekitar daerah Penampang sahaja.

"Saya ragu penumpang boleh menuntut insurans sekiranya kemalangan berlaku di luar kawasan Penampang ketika menaiki bas mini," katanya.

Beliau berkata Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (IPKP) perlu turun padang dan mengambil tindakan terhadap pengendali bas mini yang melanggar permit mereka.

Chong selanjutnya berkata kebanyakan kawasan di dalam Daerah Penampang terutama yang terletak agak jauh dari Donggongon termasuk beberapa kawasan perumahan tidak menikmati perkhidmatan pengangkutan awam.

Misalnya, menurut beliau, penduduk Kendara Court terpaksa berjalan untuk mendapatkan pengangkutan awam, sementara banyak kawasan perumahan di sekitar pekan Lido juga tidak diliputi perkhidmatan bas mini.

Oleh itu, beliau menggesa Kerajaan agar mensubsidi diesel dan alat ganti untuk pengendali pengangkutan awam seperti syarikat bas besar, agar mereka mampu terus berkhidmat untuk orang ramai, terutama mereka yang datang dari golongan pendapatan rendah.

Beliau menambah langkah sedemikian sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat dan bukannya syarikat bas, kerana tambang bas akan kekal berpatutan.

Harian Ekspres
Isnin, 19 Mac 2012
M/s 1

28 comments:

  1. Kualiti perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah perlu ditingkatkan dan tahap keselamatan bas kena sentiasa dipastikan selamat. Kementerian harus pertimbangkan permasalahan yang sering berlaku dan mengganggu efisyensi perkhidmatan awam ini. Mungkin juga sudah tiba masaya mereka diberi subsidi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah harus dibuat dari masa ke masa.

      Delete
  2. pengangkutan awam di sabah harus dinaik taraf dan diperbaiki..

    ReplyDelete
  3. diharapkan kepayahan rakyat yang bergantung kepada pengangkutan awam di sabah akan diberi perhatian sewajarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...diharapkan pekara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

      Delete
  4. Hope that the public transportation can be improved so that the people may enjoy more convenience while traveling around on daily basis.

    ReplyDelete
  5. The local government should help the Bus Operators to reduce their operational burdens so that they may continue to provide better service to the people.

    ReplyDelete
  6. A proposed mono-rail to ease traffic congestion in Kota Kinabalu as part of a master plan to improve transportation throughout Sabah is likely to run into a few billion ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah kalau ada monorail di KK. pasti dpat mengurangkan kesesakan jalan raya. selain bas sebagai transportation, ada juga monorail.

      Delete
  7. sistem pengangkutan di Sabah harus dipertingkatkan lagi demi kemudahan semua pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha menambahbaik sistem pengangkutan sedia ada harus dipertingkatkan lagi.

      Delete
  8. Perkhdimatan yang rasanya perlu dipertingkatkan lagi. Mengenai tambang dan sebagainya rasanya boleh diterima oleh penduduk Sabah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih baik jika semua pihak berkaitan berbincang bagaimana untuk meningkatkan perkhidmatan pengangkutan.

      Delete
    2. betul tu.. memang boleh diterima.. lagi pun isu ini bukan dibangkitkan oleh pengguna pengangkutan awam, sebaliknya ahli2 politik yang sudah pernah membentuk kerajaan sebelum ini..

      Delete
  9. Kemudahan yang diberikan untuk para penumpang menunggu perlu dinaiktaraf. Kerana kurang tempat duduk untuk menunggu. Mungkin perkara ini akan diambil perhatian oleh kerajaan. Kerajaan akan memberikan keutamaan kepada pentingan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. lagi bagus jika semua stesen bas di Sabah dinaiktaraf seperti stesen bas Inanam, atau lebih baik dari itu..

      Delete
  10. Kalau kita lihat, pengurusan masih kurang sistematik dan ada sesetengah pengangkutan awam tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Mungkin untuk menyelesaikan masalah ini pemantauan perlu dilakukan oleh pihak yang berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. inilah yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan dan SAPP.. bukannya mendesak kerajaan memberikan subsidi.. seperti di semenanjung, pengangkutan awam mereka mempunyai masa yang telah ditetapkan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat..

      Delete
  11. Tambang yang ditetapkan sekarang rasanya sudah baik dan mampu untuk Sabah. Kita tengok pun CITY bus cuma caj RM0.50 untuk jalan bandar. Begitu juga dengan bus besar yang mengenaikan caj RM1 untuk satu kali perjalanan seperti ke Sepanggar, Mengatal, inanam dan sewaktu dengannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah antara sebabnya kenapa pengusaha pengangkutan awam di sabah tidak perlu disuap dengan subsidi..

      Delete
  12. Jika kita bandingkan dengan Semenangjung mungkin pengangkutan Awam di Sabah sangat mencukupi dan melebihi dari keperluan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perbezaan yang paling jelas ialah, semenanjung ada tol, Sabah belum ada lagi..

      Delete
  13. semoga kualiti perkhidmatan pengangkutan akan meningkat dan bertambah baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuma masalah di sabah, sistem pengangkutan tidak teratur.. itu sahaja yang perlu diperbaiki.. tidak perlu bagi subsidi kepada pengusaha pengangkutan ini kerana bagi saya tidak adil untuk semua pembayar cukai dan pemilik kenderaan persendirian.. orang awam juga perlu menikmati harga minyak yang rendah..

      Delete
  14. ""Chong selanjutnya berkata kebanyakan kawasan di dalam Daerah Penampang terutama yang terletak agak jauh dari Donggongon termasuk beberapa kawasan perumahan tidak menikmati perkhidmatan pengangkutan awam.""

    adakah keperihatinan Chong hanya setakat di Penampang dan Dongongon sahaja?? bagaimana dengan daerah lain atau kampung2 lain di seluruh Sabah??

    ReplyDelete
  15. ""beliau menggesa Kerajaan agar mensubsidi diesel dan alat ganti untuk pengendali pengangkutan awam seperti syarikat bas besar, agar mereka mampu terus berkhidmat untuk orang ramai,..""

    apa jaminan bahawa sekiranya kerajaan melanksanakan cadangan SAPP ini, tidak akan ada suara2 sumbang yang menuduh pihak kerajaan bahawa subsidi itu hanya bertujuan untuk mengkayakan kroni?? sedangkan bantuan BR1M pun banyak tanggapan negatif dilemparkan, inikan pula subsidi...

    ReplyDelete
  16. kalau mahu sangat sistem pengangkutan Sabah sama macam di semenanjung, baik banyakkan sistem tol di negeri ini..

    ReplyDelete
  17. HI, ADMIN, TOLONG HOTKAN TOPIK INI ;
    BAS TERIPOK RIA DARI TELIPOK RIA KE KK TAMBANG ADALAH RM2.
    TETAPI BARU=BARU INI TAMBAH BAS INI TIBA-TIBA NAIK, DARI KK KE RTM LEPAS JAM 5 PETANG MEREKA MENGUTIP TAMBANG RM2.. DEKAT JUAH RM2, TIDAK ADIL !
    ADAKAH PERSAATUAN BAS MEMBENARKAN MEREKA BUAT DEMIKIAN ? SILA TOLONG RAKYAT YANG SEMAKIN MISKIN INI ! THANK.......

    ReplyDelete