Monday, 12 March 2012

Kenyataan Pairin membimbangkan: SAPP

KOTA KINABALU: Kenyataan yang dibuat oleh Presiden KDCA Tan Sri Joseph Pairin Kitingan bahawa tidak wujud sebarang Bumiputera baru yang memperoleh status anak negeri di Sabah adalah amat membimbangkan, kata Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Eric Majimbun.


"Kenyataan pemimpin agung KDCA itu adalah amat merunsingkan tanpa mengambil kira apa yang berlaku di sekitar Sabah, terutama pengeluaran taraf anak negeri kepada warga asing hanya kerana mereka mempunyai MyKad yang diragui di bawah Ordinan Tafsiran Anak Negeri.

"Di setiap penjuru Sabah, ia berlaku setiap hari. Tiada gunanya untuk mempunyai KDCA jika status anak negeri tidak dipelihara,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Majimbun turut memberi peringatan kepada Pairin mengenai satu contoh dalam buku tulisan MD Mutalib dimana seorang warga asing menjadi guru di Tawau dan memperoleh pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan.

Beliau berkata Pairin bersikap penyangkalan, mungkin untuk menutupi kegagalah Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu pendatang tanpa izin dan pengeluaran kewarganegaraan kepada pendatang asing.

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Chong Eng Leong, sementara itu, berkata bahawa komuniti KDM adalah kumpulan Bumiputera terbesar di Sabah sebelum pembentukan Malaysia iaitu 54 peratus.

Beliau berkata populasi KDM meningkat 201 peratus dari 1970 hingga 2010 tetapi peningkatan  kumpulan lain adalah luar biasa, menyebab komuniti KDM hanya 34 peratus daripada jumlah Bumiputera di Sabah pada 2010.

“Dapatkah Pairin memberi penjelasan kepada kami, rakyat SabaH pada 2010?” soalnya.

Sementara itu, Ketua Umno Sepanggar, Datuk Jumat Idris bersetuju dengan Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri yang bertanggungjawab ke atas ehwal Bumiputera.

"Mereka yang datang dari luar boleh dia negara tidak boleh dianggap sebagai Bumiputera,” katanya.

Pairin dalam ucapan Penutupan pada seminar KDCA di Hongkod Koisaan, Penampang, Sabtu lalu menjawab soalan daripada penonton dimana adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk memberi jaminan kerana ia sudah dilindungi oleh undang-undang.

Harian Ekspres
Isnin, 12 Mac 2012
M/s 5

13 comments:

  1. Diharapkan KDCA akan terus membantu anak negeri mempertahankan status dan hak mereka. Ini terletak dalam tangan Huguan Siou kita.

    ReplyDelete
  2. Mereka yang bukan lahir di Sabah tidak boleh digelar bumiputera, harap status anak negeri akan diberikan kepada mereka yang sah anak Sabah yang akan diberikan status tersebut.

    ReplyDelete
  3. bumiputera hnya untuk anak2 Sabah asli sahaja. orang luar tak berhak mendapt status tersebut. hak2 anak negeri seharusnya dilindungi, jgn biarkan kepentingan dan hak2 mereka terjejas.

    ReplyDelete
  4. Tumbangkan pairin pada pru13 walau d mana dia bertanding.

    ReplyDelete
  5. Haha Mungkin itu adalah kebenaran apa yang Pairin katakan. Pasti SAPP bimbang kerana akan ditolak oleh penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  6. Sabahan percaya dengan Joseph Pairin Kitingan. Sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman maka beliau adalah antara pemimpin yang perlu dicontohi.

    ReplyDelete
  7. Datuk Pairin tetap meneruskan usaha beliau untuk membantu penduduk Sabah sendiri. Pelbagai usaha telah mereka lakukan untuk memastikan yang terbaik kepada penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  8. Bumiputera adalah penduduk asal Sabah itu sendiri. Maka tidak perlulah memutarkan lebih banyak cerita mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  9. Mungkin ini mengugat sokongan kepada SAPP sendiri nanti bila Pairin terus bersuara demi kebenaran.

    ReplyDelete
  10. PAIRIN DAH NYANYUK. SAPE YG UNDI DIA KETURUNAN ORG ZAMAN PURBA. DIA X RELEVEN LGI DGN BANGSA DUSUN

    ReplyDelete
  11. jika SAPP masih bersama2 BN pada hari ini, tidak mustahil mereka juga akan membuat penafian..

    ReplyDelete
  12. SAPP tahu semua perkara ini sejak mereka masih bersama2 BN.. tapi disebabkan mahu melindungi kepentingan, mereka terpaksa senyap.. bila sudah tidak ada kuasa, barulah mereka dedahkan sedangkan sebelum ini juga mereka bolehlah dikatakan sebagai bersekongkol..

    ReplyDelete
  13. Jika SAPP sedar dan tahu? Kenapa tidak dedahkan dari dulu? Sebab PRU13 nak dekat, baru nak ungkit balik? SAPP dulu buat apa?

    ReplyDelete