PENAMPANG: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee berkata, perintah Mahkamah Tinggi yang memintanya membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh merupakan amaran kepada penduduk Sabah supaya jangan sekali-kali bercakap tentang tragedi Double Six yang mengorbankan bekas Ketua Menteri Tun Fuad Stephens dan kesemua 10 penumpang yang menaiki pesawat Nomad itu pada 6 Jun,1976.
Yong yang juga bekas Ketua Menteri berkata, apa yang beliau tahu, kuantum itu adalah yang terbesar daripada segi ganti rugi yang pernah diberikan dalam saman fitnah yang dibawa seseorang ahli politik terhadap ahli politik lain, di sini.
"Beberapa tahun lalu, Harris menerima RM50,000 dalam satu lagi kes saman fitnah dan saya juga diberi RM50,000 setelah saya saman sebuah akhbar tempatan, Sabah Times," katanya di suatu sesi pemimpin bersama rakyat di Donggongon Point, Khamis.
Acara itu, bertemakan "Pelan Pemulihan Tanah dan Ekonomi Sabah" dianjurkan Jawatankuasa Perhubungan kawasan Moyog SAPP.
Walaupun kalah, Yong berkata, beliau akan terus berjuang untuk autonomi Sabah dan untuk melihat Sabah bebas daripada cengkaman Kuala Lumpur dan ketidakadilan yang dideritai Sabah di bawah kerajaan BN pimpinan Umno.
Beliau menyamakan manifesto DAP memberi autonomi kepada Sabah sebagai janji kosong .
"'segala-galanya mengenai DAP di Sabah dikawal oleh para pemimpin DAP Kuala Lumpur,'' katanya.
Beliau berkata, janji DAP untuk memansuhkan cukai jualan Minyak Sawit Mentah bernilai RM1 bilion adalah cubaan untuk memberi semula 80 hingga 90 peratus daripada jumlah itu kepada syarikat-syarikat utama perladangan kelapa sawit dari Kuala Lumpur.
Yong menambah, jika ini berlaku Sabah akan mengalami kerugian RM1 bilion setiap tahun dan syarikat-syarikat yang memang kaya dari Kuala Lumpur itu akan menjadi bertambah kaya sementara Sabah menjadi lebih miskin.
Sabah akan menjadi pengemis kepada Putrajaya dan itulah yang DAP mahu," katanya.
Beliau berkata, janji DAP untuk memberi wang Petronas kepada setiap isi rumah di Pulau Pinang, kira-kira RM60,000 setahun, akan melukai hati Sabah kerana wang itu datang dari Sabah.
"Pulau Pinang tidak mengeluarkan minyak jadi wang Petronas itu tentunya datang dari minyak yang digali dari Sabah," katanya.
Beliau berkata, Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang kaya maka dengan memberikan penduduknya wang yang diambil dari sebuah negeri miskin seperti Sabah adalah amat memalukan.
Para pemimpin DAP di Sabah juga tidak berani mengadakan acara walau sekecil mana sekalipun tanpa kehadiran pemimpin dari KL.
Turut hadir ialah Pengerusi CLC Moyog Aloysius Danim Siap, penasihat SAPP Datuk Mohd Noor Mansoor, Timbalan Presiden SAPP yang juga Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Timbalan Presiden SAPP yang juga Adun Likas Datuk Liew Teck Chan serta pemimpin parti yang lain.
Harian Ekspres
Jumaat, 02 Mac 2012
M/s 2
Sudah disahkan salah, baik Yong membayar RM 1 Juta itu tanpa banyak komplen.
ReplyDeletebiasalah tu..mana mau akun salah..
DeleteRakyat pasti akan menilai sendiri parti yang mana paling sesuai untuk kita, jangan SAPP bimbang buat pihak rakyat.
ReplyDeletesetuju anon..biar rakyat tentukan siapa yang mereka mahu.
DeleteThis has nothing to do with hushing up the half-witted conspiracy theory of the Double six tragedy as claimed by Yong.
ReplyDeletespatutnya YTL sediakan dulu bukti2 yang cukup kalau benar Harris Salleh terlibat dalam tragedi tu. sekarang, terpaksalah bayar RM1 juta.
ReplyDeletedalam mahkamah bukti yang kukuh adalah penting untuk menang.
DeleteIf it His will, the truth will be revealed.
ReplyDeleteYong sentiasa kalah saja kan. Dari menjadi KM sehingga sekarang tetap kalah. Apa lagi pilihanraya Batu Sapi hari itu Yong adalah yang tercorot sekali dibawah PR..
ReplyDeletepandai Yong manipulasikan hal ini, kau kena suruh byk kerana buat fitnah.
ReplyDeletebukan amaran kepada penduduk Sabah supaya tidak bercakap tentang Double Six.. tetapi sebagai amaran kepada ahli2 politik supaya menghormati perasaan pihak keluarga mangsa dan elakkan menggunakan tragedi ini sebagai bahan untuk mendapatkan sokongan rakyat..
ReplyDeletebukankah kemenangan saman fitnah Harris terhadap Yong ini membuktikan bahawa Yong sememangnya melakukan fitnah terhadap Harris??
ReplyDeletesemua harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah.
Deletejika benar Yong mahu mendedahkan kebenaran bagi pihak rakyat Sabah dan keluarga mangsa, kenapa tidak ketika YTL masih memegang kuasa sebagai KM Sabah??
ReplyDeletekes Yong dngan Harris sudah selesai..lebih baik semua memandang ke hadapan.
ReplyDeleteleoMar 7, 2012 06:47 AM
ReplyDeletesemua harus menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah.
betul kata leo, kita janganlah membuat tuduhan yang sembarangan, hormati saja keputusan mahkamah.
semoga keluarga mangsa double 666 dapat ketenangan dan tidak diganggui lagi selepas ini
ReplyDeletetentunya kebenaran akan diketahui jua nanti...
ReplyDeletetidak hairanlah banyak parti yang menjadi semakin agresif bila tiba musim pilihan raya...
ReplyDeletesemuanya di tangan rakyat Sabah untuk menentukan nasib BN dan parti2 pembangkang nanti
ReplyDelete