KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Sabtu berkata, Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) diketuai Umno harus beri penjelasan kenapa Saham Amanah Sabah (SAS) kekal lembap pada 32 Sen seunit.
Exco pemudanya, Clement Lee berkata, setakat 17 Februari, tahun ini, harga setiap unit SAS tidak berubah selepas 14 tahun sejak krisis kewangan Asia antara 1997 dan 1998.
Katanya, kerajaan negeri bercakap mengenai rizab kewangannya sebanyak RM3 bilion.
“( Timbalan Ketua Menteri) Datuk Dr Yee Moh Chai tidak henti-henti menuduh seorang bekas Ketua Menteri sebagai penyebab kepada kejatuhan SAS dari 1997-1998.
“Tetapi kenapa Ketua Menteri sekarang tidak dapat menaikkan semula harga SAS itu kepada nilai asalnya selepas ekonomi pasaran pulih beberapa tahun lalu?" tanya beliau.
Semasa Krisis Kewangan Asia dari 1997-1998 (rujuk www.bursamalaysia.com), katanya, hampir semua harga unit amanah dan saham di Bursa Malaysia (sebelum ini Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL) telah jatuh secara drastik dan tidak ada satupun yang terlepas dari kesan krisis tersebut.
Krisis itu, katanya, menyebabkan banyak kesulitan dan pengalaman yang mengerikan kepada 50,000 pelabur SAS di Sabah, membuatkan mereka mengalami kerugian atau malah muflis kerana sebahagian daripada mereka membuat pinjaman dengan bank dan yang lain daripada simpanan mereka.
"Jadi soalan saya kepada kerajaan BN Sabah yang diketuai Umno, kenapa semua harga unit amanah seperti Amanah Saham Selangor (Asas). Amanah Saham Johor (ASJ), Dana Johor, Amanah Saham Kedah, Amanah Saham Darul Iman (Asdi) dan saham-saham seumpamanya di dalam Bursa telah pulih kepada nilai asalnya selepas krisis kewangan Asia itu pada 1997 tetapi harga SAS kekal lembap?" soal beliau.
Dengan itu, katanya, SAPP komited untuk menyelesaikan masalah itu yang kerajaan pimpinan BN tidak mampu lakukan, walaupun selepas 14 tahun.
Lee berkata, SAPP akan mengeluarkan Kertas Putih untuk mencari punca kejatuhan SAS dan mendedahkan kebenarannya kepada orang ramai apabila ia membentuk kerajaan negeri akan datang.
"Kami juga akan membantu menaikkan SAS kepada nilai asalnya, atau malah lebih tinggi lagi, kepada nilai yang sepatutnya, " kata beliau.
Harian Ekspres
Rabu, 22 Februari 2012
M/s 2
SAPP should take heed of this quote: "He who is without sin, let him be the first to throw a stone." If SAPP is without sin in this issue? By all means, cast all the stones you want.
ReplyDeleteAt least we have received some dividend from our investments in the recent years compared to no dividend at all. If investments soar overnight, then we have something else to worry about.
ReplyDeleteClearly Clement Yee failed to see the connectivity of the BURSA (which in turn has a impact to SAS) and global market particularly with relations to the Euro Crisis as well as other major event
ReplyDeleteBloomberg calculated an almost $6.3 trillion dollar decline in global markets in 2011. Its a financial Miracle that BURSA (as well as the Asian Financial sector) was not critically effected.
ReplyDeleteComing back to SAS, At least it did not plummeted. It is no easy feat given the state of the global economy last year.
ReplyDeleteAnd why is Clement Yee is still in a Time Limbo back in the 90's Asian financial crisis? Has he not noted the progression after that period?
ReplyDelete"SAPP is committed to solving this problem faced by the over 50,000 investors that the BN-led government could not, even after 14 years. SAPP will issue the necessary White Paper to find out the root-cause of the downfall of SAS and reveal the truth to the public when we form the Sabah state government."
ReplyDelete-AND HOW WOULD YOU (SAPP) plan to do this? So far no DETAILS has been disclose for this matter from your side.
how can we trust them to solve the problem when all Sabahan know they are the one who create the lost??
Deletebukankah SAS mengalami kerugian besar semasa yong Teck Lee menjadi KM Sabah.
ReplyDeletepemimpin2 SAPP akan cakap tidak.. seperti sebelum2 ini, mereka akan cari kesilapan pihak lain.. mereka tidak pernah mengaku yang mereka telah buat silap.. inilah yang bahayanya jika mereka memerintah negeri ini semula..
DeleteSAPP akan mencari jalan untuk menyalahkan pihak lain berhubung hal ini.
Deletemasa Ytl jadi KM lah SAS ini mengalami masalah.
Deletewalaupun SAS kini masih lembab, tapi ia dpt bangkit dari terus mengalami kerugian.
ReplyDeleteBiar lembab asal jangan terus mengalami kerugian seperti yang berlaku sewaktu pemerintahan YTL.
Deletesetuju dengn daniel..sekarang ini lebih baik berbanding mengalami kerugian.
Deletelembab atau tidak, yang penting tidak wujud kerugian sebagaimana ketika SAPP memerintah negeri ini dalam jangka masa hanya 2 tahun.. kalau 14 tahun, entah apa akan jadi kepada negeri ini..
ReplyDeleteKekal lembap rasanya tidak ada masalah. Jangan kekal rugi itu yang ada masalah seperti SAPP sebelum ini mentadbir.
ReplyDeleteSAPP telah menyebabkan kerugian kepada Sabah ketika mereka menjadi pemerintah. Harap hal ini tidak akan berulang lagi.
DeleteKalau kita lihat pun rasa bagus sudah dengan SAS sekarang ini. Yang penting tidak akan kerugian dialami.
ReplyDeleteKenyataan ini seperti ingin menjerat pemimpin SAPP sendiri. Nampaknya Yong dikhianati oleh ahli sendiri.
ReplyDeleteTidak berfikir sebelum memberi keyataan sebegini.
DeleteSAS walau pun lembap seperti apa yang didakwa oleh SAPP at least dapat kekal hingga sekarang.
ReplyDeletekenyataan sapp mengenai SAS melihatkan kesalahan mereka sendiri terhadap isu ini.
ReplyDeleteIf it His will, the truth will be revealed. That time, we'll see who will fall into their own trap.
ReplyDelete