Monday 27 February 2012

SAPP dakwa Herbert cuba alihkan fikiran rakyat

KOTA KINABALU: Pemuda SAPP berkata, adalah lebih baik bagi Naib Presiden PBS Datuk Herbert Timbon Lagadan meminta Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman memansuhkan program Unit Pengurusan Hutan (FMU), daripada membuat tuduhan secara membabi-buta.

Ketuanya, Edward Dagul berkata, jika Edward benar-benar percaya FMU itu menjejaskan hak anak negeri untuk memiliki tanah maka beliau seharusnya berani untuk menyatakannya kepada Ketua Menteri, dan bukannya menuduh Datuk Yong Teck Lee (Presiden SAPP) melakukan kesalahan.

"Herbert nampaknya telah lupa yang beliau menjadi sebahagian daripada pentadbiran sekarang yang bukan sahaja mengekalkan program FMU tetapi juga, melihat daripada apa yang telah dilaporkan dalam media, bersikap positif terhadap program tersebut,” katanya, dalam satu kenyataan.

Edward mengulas laporan muka depan akhbar ini yang menyebut Herbert sebagai berkata, banyak isu tanah di Sabah, termasuk Hak Adat Anak Negeri (NCR) yang dihadapi rakyat sekarang ini adalah kesan daripada pewujudan FMU semasa Yong menjadi Ketua Menteri.

Herbert juga berkata, persepsi orang ramai bahawa pewujudan FMU itu merupakan satu bentuk penyalahgunaan tanah mempunyai merit dan kebenaran, sambil menambah Yong tidak boleh menafikan begitu sahaja yang tiada tanah adat dan kampung yang terperangkap di dalam kawasan FMU itu.


Edward berkata, Musa, Ketua Menteri sekarang, juga pernah sebelum ini menekankan yang program FMU itu penting dan untuk rekod “(beliau) memuji kejayaan program FMU di satu majlis rasmi di Sandakan pada Mei tahun lalu."

"(Jadi), jika program itu begitu buruk, kenapa Musa tidak menghapuskan sahaja program tersebut,?" dakwa beliau.

“Nampaknya Herbert cuba mengalihkan pemikiran rakyat daripada fakta yang tidak ada seorangpun daripada PBS yarg mengulas kenyataan Peguam Negeri mengenai status Hak Adat Anak Negeri (NCR), yang telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat tentang pendirian Herbert terhadap perkara itu? Adakah beliau bersetuju dengan kenyataan Peguam Negeri mengenai kesahihan status NCR itu?"

Edward juga bertanya kepada Herbert sama ada beliau ada membaca dan memahami Perjanjian Pengurusan Lesen Hutan Mapan (SFLMA) di mana dalam klausa 23 dan 24 perlindungan hak dan keistimewaan anak negeri atau "komuniti hutan" jelas dinyatakan.

Program itu berhasil dan punca timbulnya masalah itu adalah 'kegagalan para pemegang lesen sekarang mematuhi terma di bawah SFLMA, katanya. 

Harian Ekspres,
Sabtu, 25 February 2012
M/s 2

14 comments:

  1. I believe that what Herbert is trying to say that the root of this problem has already begun during Yong's tenure as CM.

    ReplyDelete
  2. Coming back to the AG's statement pertaining to the NCR matter, it is still being deliberate by the CM alonmg with those who have authority as well as professional credential pertaining the matter.

    ReplyDelete
  3. A matter as grave as this matter required ore time to take into all pros and cons.

    ReplyDelete
  4. Hopefully there will be a clear conclusion pertaining to this matter.

    ReplyDelete
  5. Perhaps the same can be said regarding the FMU.

    ReplyDelete
  6. Hopefully the outcome of this matter (NCR and FMU) will yield a positive outcome that will be beneficial for the betterment of all Sabaahan, especially the natives.

    ReplyDelete
  7. The implementation of Sustainable Forest Management practices during 1997 has helped Sabah to remarkably improve the way it manages its forests. Sabah now has about 400,000 hectares of Forest Stewardship Council (FSC) certified forest areas and the largest in Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully the FMU will continue to help improve our forestry conservation as well as protected those who live in the Forestry Reserves.

      Delete
  8. FMU perlu dalam menjaga dan menguruskan hutan2 kita. tapi kena pastikan ia tak menjejaskan tanah2 penduduk.

    ReplyDelete
  9. jika sapp benar2 mahu melindungi tanah adat dan kampung, kenapa perlu letakkan tanah2 itu dibawah FMU? kenapa tidak bagi saja geran kekal..

    ReplyDelete
  10. The FMU has helped Sabah safeguard the interests of local communities whose lives depend on the forest.

    ReplyDelete
  11. tidak perlulah menafikannya lagi. Pasti ada kesilapan dalam pemerintahan YTL sebelum ini.

    ReplyDelete
  12. The program is good but it depends who can manage it efficiently.

    ReplyDelete
  13. kalau kamu mo tahu siapa sign tu perjanjian psl FMU tu p Jab. Perhutanan Sandakan

    ReplyDelete