Monday 27 February 2012

Projek naik taraf landasan B’fort-Tenom terbengkalai: SAPP

Mail Mathew

TENOM: Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah terkilan dengan tindakan kerajaan yang mengumumkan satu lagi projek bernilai RM3 billion untuk pembangunan komersil Stesen Kereta Api Tanjung Aru sedangkan projek menaik taraf landasan antara Beaufort ke Tenom masih terbengkalai.

Beliau berkata, keputusan itu tidak selari dengan matlamat asal kerana tidak konsisten dalam melaksanakan sesuatu projek bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).

"Sebelum ini jabatan itu telah menerima peruntukkan RM400 juta tetapi sehingga sekarang hampir lima tahun masih belum siap sepenuhnya.

"Kita tidak berniat untuk menentang niat dan hasrat murni kerajaan tetapi ia sepatutnya memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah-masalah lain terutamanya isu jentera lokomotif yang terlalu uzur menyebabkan kekerapan perkhidmatan sering tergendala," kata beliau pada Ahad.

Beliau mengulas pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berhubung pembangun Komersial stesen kereta api Tanjung Aru bernilai RM3 billion pada kelmarin.

Musa, antara lain, berkata pembangunan tersebut adalah untuk terus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai pintu utama untuk pelaburan dari dalam rantau ini, termasuk wilayah Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, dan kawasan pertumbuhan Asean Timur (BIMP-EAGA).
 
Penduduk Pangi dan Rayoh, yang rata-ratanya petani, bergantung penuh kepada perkhidmatan kereta api untuk ke bandar dan hospital namun rintihan mereka untuk mendapat perkhidmatan kereta api yang baik tidak diutamakan kerajaan, katanya.

"Penduduk Pangi dan Rayoh lebih sebulan tidak dapat-mengeluaikan hasil pertanian mereka ke bandar untuk dipasarkan kerana perkhidmatan kereta api yang sering tergendala disebabkan jentera lokomotif selalu rosak kerana terlalu daif dan uzur. 

"Kerajaan sepatutnya menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM3billion itu untukmembeli beberapa jentera lokomotif baru dan bukan jentera yang terpakai dari China," kata Jimmy sambil menyifatkan kerajaan gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat.

Selain itu, Jimmy turut mempersoalkan kelalaian kerajaan dari aspek keselamatan awam di mana semua lintasan antara stesen di Kinarut ke Tanjung Aru masih beroperasi secara manual.

Beliau kemudiannya mempersoalkan aliran peruntukan RM400 juta untuk JKNS, dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perkara itu yang dipercayai mempunyai kelemahan dan salahlaku pengerusinya.

Harian Ekspres,
Sabtu, 25 February 2012
M/s 2

17 comments:

  1. Hopefully the state government will look into the matter of upgrading the Beaufort-Tenom line.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the above railway line will be incorporated with the Tanjung Aru project as well.

    ReplyDelete
  3. Projek naik taraf landasan B’fort-Tenom harus disiapkan segera.

    ReplyDelete
  4. projek bernilai RM3 billion untuk pembangunan komersil Stesen Kereta Api Tanjung Aru kena dipastikan berjalan lancar dan siap mengikut jadual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully the Tanjung Aru Train Station can help improve the tourism and boost the economy of that area.

      Delete
  5. sebarang projek perlu dipastikan agar tidak terbengkalai. harap kereta api TG Aru dan Beaufort-Tenom sama2 diberi perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah tentu kerajaan telah menyediakan perancangan yang rapi dan teliti.. yup, tidak mustahil peruntukkan itu juga merangkumi perkara2 yang dibangkitkan oleh sapp..

      Delete
  6. Pembangunan infrastruktur seperti Stesen Keretapi Tg Aru perlu dilakukan untuk memastikan kekukuhan pelaburan asing di negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. mempertikaikan peruntukkan rm3 bilion itu seolah2 menolak pembangunan yang cuba dibawa oleh kerajaan..

      Delete
    2. Peruntukan rm3 bilion ada lah untuk pembangunan juga, SAPP saja mencari isu untuk di politikkn.

      Delete
  7. tidak perlu sapp pertikaikan peruntukkan RM3 billion untuk pembangunan komersil Stesen Kereta Api Tanjung Aru.. bangkitkan sahaja mana2 bahagian yang bermasalah atau kurang..

    ReplyDelete
  8. SAPP cuba cari isu lagi, tapi kerajaan haus ambil perhatian tentang hal ini.

    ReplyDelete
  9. Patikan projek yang di jalankan berjalan mengikut jadual dan siap dengan jayanya.

    ReplyDelete
  10. Hopefully the upgrade of the Beaufort to Tenom train tracks will be continued so that it may be completed for the people's use.

    ReplyDelete
  11. Semoga peruntukan yang diperolehi itu akan digunakan untuk menaiktaraf landasan tersebut.

    ReplyDelete
  12. Who knows the RM3 Billion is including to improve the present problems too?

    ReplyDelete
  13. Projek naik taraf keretapi Sabah belanja besar hampir mencecah 1/2 bilion RM. Keretapi Tenom Beaufort macam tidak berubah. Kementerian yang berkaitan perlu beri penjelasan. Projek RM3 bilion, adalah projek swasta bukan daripada perbendaaharaan kerajaan. Kerajaan hanya sediakan frasarana, swasta yang banjunkan itu projek.

    ReplyDelete