Tuesday, 28 February 2012

Masih ramai jahil tentang isu alam sekitar

Lagatah Toyos

TAWAU: Masih ramai pihak yang jahil tentang pelbagai isu perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar, termasuklah isu hutan asli di Sabah yang hanya tinggal 15 peratus sahaja.

Sehubungan itu, tema 'Kita Boleh Menyelamatkan Bumi Kita' pada sambutan Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Tawau, dilihat amat penting dan bermakna dalam menyampaikan mesej kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Pengerusi PPPM Tawau Datuk Chua Soon Bui berkata, pengetahuan dan nilai-nilai perlindungan serta pemuliharaan alam sekitar penting untuk diterapkan di kalangan murid-murid sekolah sejak awal lagi.

Tambahan pula, katanya, isu-isu alam sekitar telah menjadi isu mustahak yang menjadi topik perbincangan di antara negara-negara di seluruh dunia.

"Anak-anak kita selaku bakal kepimpinan negara satu hari nanti harus menyedari hakikat bahawa tanggungjawab melindungi alam sekitar bukan hanya terletak di tangan pihak berkuasa semata-mata.

"Mereka sendiri harus berusaha bersungguh-sungguh memupuk dan menyebarkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat di samping mengamalkan gaya hidup sihat dan mesra alam," katanya.

Chua berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Peringatan PPPM Tawau yang dihadiri hampir 500 ahli persatuan dari 10 sekolah menengah dan 12 sekolah rendah di sini, pada Ahad. Turut hadir Pesuruhjaya PPPM Tawau, Samsiah Bahron.

Menurutnya, masyarakat kini menyaksikan perubahan cuaca melampau akhir-akhir ini dengan keadaan sangat sejuk dan bersalji di hemisfera utara, banjir, gempa bumi dan tsunami melampau yang merupakan tanda jelas bahawa bumi telah 'jatuh sakit'.

Oleh itu, tegasnya, semua pihak bermula pada usia muda harus menyedari kepentingan tanaman pokok-pokok, penghijauan alam sekitar dan kepentingan sifar kemusnahan (zero destruction) kepada hidupan laut, batu karang dan punca-punca makanan.

Harian Ekspres
Selasa, 28 Februari 2012
M/s 6

9 comments:

  1. We have the Sustainable Forest Management to helped Sabah manage its forest,particularly in terms of phasing out short term logging licenses which did not adhere to sustainability principles.

    ReplyDelete
  2. I'm sure we can continue to do better to ensure sustainable management of our nature and forestry conservations.

    ReplyDelete
  3. The chief minister has stopped logging in the Ulu Segama Malua and Maliau basin and created a forest buffer three times the size of Singapore to protect Danum valley from logging, mining and opening up land for agriculture.

    ReplyDelete
  4. The witnessed the signing of a memorandum of understanding between the Royal Society and the Danum Valley management committee for five more years of rainforest research and training

    ReplyDelete
  5. kerana itu kempen bagi wujudkan kesedaran aman pentingnya penjagaan alam sekiar perlu diperluaskan lagi.

    ReplyDelete
  6. Penjagaan alam sekitar sememangnya perlu untuk masa hadapan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  7. hutan asli Sabah tinggal 15% atau 60%??

    ReplyDelete
  8. ""semua pihak bermula pada usia muda harus menyedari kepentingan tanaman pokok-pokok, penghijauan alam sekitar dan kepentingan sifar kemusnahan (zero destruction) kepada hidupan laut, batu karang dan punca-punca makanan.""

    semua saranan ini sedang dilakukan kerajaan..

    ReplyDelete