Tuesday, 17 January 2012

SAPP sedia bincang dengan parti pembangkang lain berdepan BN

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah (SAPP) pada Ahad menyatakan semula kesediaannya untuk berbincang dengan mana-mana parti pembangkang untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
 
Ketua Penerangannya, Chong Pit Fah berkata Majlis Tertinggi SAPP bermesyuarat di ibu pejabat SAPP di Luyang kelmarin.

Beliau berkata parti tersebut menjangka parti lain akan mengiktiraf dan menerima sepenuhnya SAPP sebagai parti bukan berdasarkan kaum dengan misinya "untuk membentuk kerajaan yang boleh dipercayai dan masyarakat yang progresif, adil dan harmoni."

Parti itu, katanya, menolak cara politik lama, iaitu pecah dan perintah yang dilak- sanakan oleh penjajah British, dan kini, BN-Umno, yang digambarkannya " sebagai bertanggungjawab untuk memecah belahkan rakyat dengan menggunakan isu perkauman dan keagamaan.

Parti itu, katanya, mempunyai hubung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak 2008 apabila SAPP meninggalkan Barisan Nasional.

"Ini adalah peranan, pengorbanan dan perjuangan SAPP dalam membawa perubahan kepada Sabah," katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata SAPP akan meneruskan perbincangan dengan PKR, yang mencapai peringkat lebih tinggi, dalam mendapatkan formula boleh menang untuk gabungan pembangkang di Sabah.

Chong turut menegaskan semula perjuangan SAPP untuk kuasa autonomi bagi Sabah dan menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam hal ini, beliau mengiktiraf kesetiaan SAPP kepada Agenda Borneo yang diperjuangkan oleh United Borneo Front (UBF) yang mana serupa dengan deklarasi lapan perkara SAPP.

Chong berkata SAPP juga terbuka untuk berbincang dengan Parti Reformasi Negeri (Star) untuk pencapai keputusan maksimum dalam pilihan raya yang akan datang.

Harian Ekspres
Selasa, 17 Januari 2012
M/s 7

No comments:

Post a Comment